CALON PAS SERU RAKYAT LANGKAWI MENOLAK MAHATHIR, SUDAH TUA & TIDAK LARAT

ALOR SETAR – Rakyat di Pulau Langkwi diseru supaya menolak Tun Dr. Mahathir dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan kerana beliau sudah tua dan tidak larat untuk menjadi wakil rakyat.

Kenyataan tersebut diluahkan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi, Mazlan Ahmad yang menzahirkan rasa simpati dengan calon PKR yang sudah berusia 93 tahun itu.

“Saya hendak rayu, kesianlah dekat dia (Dr. Mahathir), jangan bagi dia jadi Ahli Parlimen Langkawi sebab dia sudah tidak larat. Dia sudah 22 tahun memerintah (sebagai Perdana Menteri).

“Kalau tuan-tuan dan puan-puan kesian kepada dia, pangkahlah Pas,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Pekan Kuah, di sini malam semalam.

Beliau yang juga calon Pas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Mazlan juga menyeru kepada pengundi supaya memberi mandat kepada Pas bagi membuat perubahan di Pulau Langkawi.

Memetik laporan Utusan Online, ahli politik yang turut serta dalam ceramah berkenaan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad; dan calon Pas DUN Ayer Hangat, Azlina Azinan.

Dalam PRU-14, Dr. Mahathir yang merupakan calon tertua dalam PRU-14 akan menghadapi saingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Zubir dari Pas di Parlimen Langkawi.

Selepas kira-kira dua dekad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membuat kemunculan semula di gelanggang politik turut dilantik sebagai calon Perdana Menteri sementara sekiranya gabungan pembangkang PKR dikuasai DAP memenangi PRU-14. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana