BN dijangka tawan Parlimen Lumut dan kekal DUN Pangkor

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dijangka menawan Parlimen Lumat dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ibarat kata kiasan Melayu... sudah terang lagi bersuluh, bukti kekerapan beliau turun ke kawasan yang diwakilnya dan bukan hanya menjelang musim pilihanraya terbukti masyarakat Pangkor daripada pelbagai kaum mahukan beliau kekal bagi meneruskan agenda pembangunan di pulau itu.

Petunjuk dan indikasi  bahawa khidmat bakti Dr Zambry masih diperlukan di DUN Pangkor apabila beliau mendapat sambutan yang amat positif ketika hadirannya pada siri jelajah  kempen PRU14 di Pulau Bebas Cukai itu semalam.

Kemesraan dan kegembiraan pada wajah  warga  Pangkor semasa Dr Zambry bertemu mereka pada siri jelajah itu bawa pengertian besar dan akan mereka terjemahkan ke dalam `peti undi' untuk memastikan kemenangan BN menjelang pilihanraya nanti.

Siri jelajah Dr Zambry bermula sebaik bersarapan pagi bersama masyarakat setempat di Teluk Muroh, Lumut sebelum berangkat ke Pulau Pangkor.

Ketibaan beliau disambut lebih 80 masyarakat Cina yang menetap di Kampung Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar.

Dr Zambry turut berkesempatan meninjau kawasan tokong Cina Foo Ling Kong di Sungai Pinang Besar sebelum bergerak menemui peniaga-peniaga di Pekan Pangkor.

Beliau yang juga calon muka baru BN bagi kerusi Parlimen Lumut kemudian menunai solat Jumaat di Masjid Teluk Raja Bayang sebelum meneruskan siri jelajahnya ke KampungTeluk Dalam dan Kampung Tengah untuk meninjau kawasan berkenaan dan beramah-mesra dengan penduduk di kampung berkenaan.

Kehadiran beliau dikampung berkenaan diiringi lebih 50 orang peserta konvoi bermotorsikal dengan mendapat sambutan baik dari semua golongan masyarakat.

Sementara itu  Parlimen Lumut merekodkan jumlah pengundi awal paling ramai di negeri Perak melibatkan 11,900 pemilih daripada 37,407 jumlah pengundi awal yang berdaftar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perak.

Bagi Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), ia melibatkan seramai 11,223 pemilih di dua pusat mengundi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM dan (SK) Sekolah Rendah TLDM.

Suasana di kedua-dua pusat mengundi yang melibatkan 18 saluran itu tenang dan terkawal daripada sebarang insiden.

Pada jam 9.30 pagi, kelihatan kehadiran calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut dan DUN Pangkor, bagi meninjau suasana proses pengundian awal di sekitar pusat mengundi di Pangkalan TLDM, di sini, hari ini.

Mereka ialah, calon Barisan Nasional (Lumut dan Pangkor), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, calon PKR (Lumut) Dr Mohd Hatta Md Ramli, dan calon Pas (Lumut) Mohd Zamri Ibrahim.

Kesemua enam pusat mengundi iaitu bagi tiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang dan tiga lagi DUN Pangkor, dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Di DUN Pasir Panjang, seramai 380 pemilih layak mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Markas Operasi Pasukan Polis Marin, 88 di Kampung Acheh dan 129 pemilih berada di Bilik Mesyuarat, Stesen Komunikasi TLDM, Sitiawan.

Sementara itu, di DUN Pangkor, selain di Pangkalan TLDM, seramai 80 pemilih membuang undi awal di Ruang Pejabat Am, Balai Polis Pangkor. Kesemua pusat mengundi ditutup pada jam 5.00 petang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment