BEKAS AHLI PPBM TOLAK CALON ‘PAYUNG TERJUN’ PKR DI DUN MANONG

KUALA KANGSAR 30 April – Ahli dan bekas ahli jawatankuasa PPBM Bahagian Kuala Kangsar menolak calon payung terjun gabungan pembangkang PKR yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot berkata, calon PKR itu, Isa Jaafar tidak diterima kerana tidak dikenali oleh masyarakat di sini.

Menurutnya, pencalonan Isa memadamkan peluang gabungan pembangkang PKR untuk merampas kerusi DUN Manong.

Katanya, Isa adalah Ketua Bahagian PAN yang gagal di Padang Rengas kerana tidak mempunyai organisasi yang tersusun, tidak memiliki jentera pilihan raya sendiri dan tidak pernah melakukan gerak kerja bersama PPBM Kuala Kangsar.

“Kami sebagai pengundi tegar dan penggerak awal sejak tertubuhnya PPBM berasa amat terhina, terkilan dan tidak berpuas hati dengan pencalonan Isa. Semua penduduk di Manong tidak langsung mengenalinya.

“Masyarakat di Manong tidak mengenalinya, dia bukan anak kelahiran Kuala Kangsar mahupun mengundi di sini. Dia juga tidak pernah langsung membantu jentera bahagian dari awal penubuhannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment