Anggap Mangsa Memali `Mati Katak’ Penduduk Doakan Mahathir Kalah

BALING – Salah seorang penduduk kampung Memali yang terlibat dalam tragedi berdarah Memali mendoakan Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Zaman Mahmud, 66, yang pernah dimasukkan ke penjara Alor setar selama dua bulan dan ditahan di pusat tahanan kemunting selama lima bulan susulan tragedi Memali itu, tidak dapat menahan kemarahan terhadap Mahathir yang juga Pengerusi PH, kerana menghina mangsa Memali dengan menggelar mereka sebagai mati katak.

“Mahathir kita tak boleh percaya dekat dia, buat la macam mana pun. Tuhan bagi umur panjang suruh dia tengok apa yang dilakukannya dulu.

“Helah dia untuk bertanding di Langkawi. Kalau PH menang perintah Malaysia, dia tak lama jadi Perdana Menteri (sebab) nak angkat anak dia juga jadi PM. Saya doakan dia kalah,” katanya yang ditemui Suara.Tv di Kampung Memali di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid ketika berceramah di Lembah Pantai. Ia berlaku ketika pentadbiran Mahathir pada 33 tahun lalu.

Peristiwa itu menyaksikan pertempuran anggota keselamatan dengan penduduk kampung dan pengikut Ibrahim Libya sehingga mengorbankan Ibrahim dan 17 yang lain termasuk empat anggota polis, berpuluh-puluh lain cedera serta beratus-ratus orang ditahan.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ‘Amanat Haji Hadi’ pada 1981 yang menjadi punca berlakunya peristiwa hitam terbabit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Menurut Zaman, penentangan Ibrahim ketika itu bukan disebabkan oleh amanat berkenaan sebaliknya ia mengenai bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika tragedi Memali itu berlaku pada 1985, Zaman baru berusia 30-an dan beliau sempat melihat Ibrahim Libya terkorban.

Bagaimanapun selepas dikecam hebat oleh PAS, Mahathir akhirnya memohon maaf kepada keluarga mangsa Memali

Permohonan maaf itu juga dibuat selepas anak penduduk kampung yang terkorban, Mohamad Zuhdi Mat Piah meluahkan perasaan tidak puas hati secara keras terhadap Mahathir di Facebook.

Sambil menyifatkan kata-kata Mahathir sebagai “celaka” dan “kurang ajar”, beliau yang merakamkan video di media sosial itu telah bergenang air mata mengenang semula peristiwa berdarah itu.- Suara.TV
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment