Ahli PAN bagi Mohamad Sabu 36 jam jawab pasal rakaman perbualan romantik dengan wanita…


Apakah ini petanda ada pergelutan kuasa atau tidak puashati dalam Parti Amanah Negara (PAN)?

Enam hari menjelang pilihanraya umum ke 14…tiga orang yang dakwa ahli PAN di Kuala Kedah tampil adakan sidang akhbar di Kuala Lumpur yang dihadiri ramai wartawan dan jurugambar dakwa ada skandal melibatkan Presiden Mohamad Sabtu dengan seorang wanita.

Mereka tayang plakad cetakan whatsapp dan memperdengarkan dua rakaman perbualan romantik antara lelaki dan seorang wanita.

Jurucakap mereka Rizal Bakar yang mendakwa Mohamad Sabu adalah idola baginya sebelum ini beri tempoh 36 jam kepada Presiden PAN itu tampil beri penjelasan.

Jika tidak pihaknya akan adakan sidang akhbar lain dan kemukakan bukti-bukti lain yang lebih kukuh mengenai dakwaan itu.

”Saya cuma mahu beliau jawab betul atau tidak,”katanya.

Ketika jawab soalan wartawan Rizal memberitahu plakad whatsapp dan rakaman aduio perbualan itu diletak orang yang tidak dikenali pada cermin keretanya.

Sementara itu sebuah portal berita melaporkan dalam reaksi segera Mohamad Sabu kata beliau tidak terkejut dengan dakwaan itu.

Katanya beliau tidak kenal tiga individu yang adakan sidang akhbar itu.

Beliau serah pada peguamnya untuk ambil tindakan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana