#TSUNAMIPHITNAH : RAKYAT PERLU INGAT SEJARAH FITNAH NURUL IZZAH DI LEMBAH PANTAI PRU13 LALU

Ahli Panel Diskusi UMNO-Online, Anda Tanya Kita Jawab, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz hari ini mengingatkan rakyat agar tidak terus terpedaya dengan pelbagai skrip fitnah dan pembohongan yang akan direkecipta oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kali ini.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Lembah Pantai berkata fitnah mereka cukup licik dan penuh dengan strategi dan bukannya dilakukan secara spontan malah akan terus menjadi-jadi apabila hampir dengan hari pengundian sepertimana yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu di Parlimen Lembah Pantai.

“Sehari sebelum hari pembuangan undi pada PRU ke-13 yang lalu, Nurul Izzah telah mengadakan sidang akhbar termasuk menjemput media antarabangsa dan mengeluarkan kenyataan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

“Kenapa mereka memilih tarikh berkenaan iaitu sehari sebelum hari pengundi…. ini bagi mengelakkan jawapan kita tersebar dan pengundi yang keluar mengundi hanya akan mendengar berasaskan satu pihak sahaja.

“Pada hari mengundi pula, portal pembangkang turut membuat fitnah terkini kononnya di pejabat UMNO bahagian Lembah Pantai berlaku huru hara kerana pengedaran duit pengundi luar yang sebenarnya tidak berlaku pun. Kononnya pada waktu berkenaan sesuatu yang tidak betul berlaku di Parlimen Lembah Pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam topik “PRU14 : Tsunami Fitnah #tsunamiPHitnah” pada program mingguan “Anda Tanya Kita Jawab” di UMNO-Online yang dihoskan oleh Datuk Shamsul Najmi Shamsudin. Turut menjadi ahli panel, Mohd Nazmi Rosli, bekas Setiausaha PKR Selangor.

Zuhri yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya menegaskan fitnah Nurul Izzah sebenarnya bermula lebih awal lagi dengan menyerang keperibadian Datuk Raja Nong Chik.

“Raja Nong Chik diserang daripada pelbagai sudut termasuklah soal perniagaan, keluarga dan sebagainya. Mereka mula membuat pelbagai serangan untuk menghakis sokongan masyarakat setempat dengan pelbagai fitnah berkenaan.

“Jadi pada PRU ke-14 ini, pengundi di semua tempat perlu berhati-hati dengan taktik dan fitnah pembangkang kerana diyakini pada kali ini pun mereka akan menggunakan modus operandi yang sama dan mungkin lebih lagi,” ujarnya.

Katanya lagi politik bertunjangkan fitnah tidak akan kekal lama dan Nurul Izzah boleh menjadi contoh apabila hari ini beliau diumumkan akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh setelah hampir 10 tahun di Lembah Pantai

“Fitnah ini impak tinggi tetapi ianya untuk jangka pendek berbanding dengan kita (BN) yang melaksanakan tanggungjawab berasaskan manifesto serta akujanji dan tentunya akan mengambil sedikit masa untuk nampak.

“Nurul Izzah dah menumbangkan seorang menteri Tan Sri Shahrizat, kemudiannya Datuk Seri Raja Nong Chik…jika Nurul Izzah menyumbangkan perkhidmatan di sana sudah tentu beliau akan kekal di Lembah Pantai…namun gara-gara kemenangannya bertunjangkan fitnah beliau terpaksa keluar kerana mungkin beliau tahu rakyat dapat mengetahui apa yang dia bawa hampir sepuluh tahun perkhidmatannya.

“Fitnah beliau tidak lagi melekat di Lembah Pantai dan akhirnya terpaksa keluar ke Permatang Pauh,” katanya.

Untuk rekod, kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain, selesai selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi .

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

“Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu,” katanya ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Nurul Izzah berkata, terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lalu, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, serta ahli keluarganya. –MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana