Tian Chua 'buka pekong' pemilihan calon PKR untuk PRU14...

Sejak Sabtu sudah tersebar spekulasi hangat ada‘hu ha’yang tidak beres dalam sepak terajang pemilihan calon PKR untuk pilihanraya umum ke 14.

Ia dikatakan gara-gara pergeseran dalam percaturan dalam hal itu antara kem diketuai Datuk Seri Azmin Ali dengan kem Rafizi Ramli yang rapat dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

Mereka dikatakan berhempas pulas menentukan orang masing-masing dipilih sebagai calon pilihanraya sebagai langkah awal mengumpul kekuatan kem sendiri untuk menghadapi pemilihan jawatan parti tidak lama lagi.

Tersebar cerita dakwa beberapa nama besar dalam PKR digugurkan sebagai calon pilihanraya termasuk bekas Naib Presiden PKR Tian Chua di Parlimen Batu serta Bendahari PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Wangsa Maju.

Selain dua nama besar itu, nama beberapa pemimpin PKR yang dikemukakan oleh Datuk Seri Azmin Ali dikatakan turut ditolak.

Antaranya ialah pegawai Azmin, Hilman Idham yang tidak tersenarai untuk bertanding di DUN Gombak Setia, serta nama bekas Pengerusi PKR Melaka yang juga pegawai Azmin, Khalid Jaafar yang tidak disenarai bertanding di Parlimen Hulu Selangor.

Khabar angin mendakwa kumpulan Azmin ini 'dicantas' untuk kurangkan kekuatannya kerana jika tidak kemungkinan akan mencabar Wan Azizah yang menjadi Presiden PKR sejak 20 tahun lalu.

Pada Sabtu antara dikatakan akan berlaku pada pagi Ahad ialah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin akan bawa orang ke rumah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah ismail di Segambut untuk minta timbang semula pemilihan beberapa calon yang ditolak.

Dalam pada itu ada orang hantar jemputan kepada media beritahu Tian Chua akan adakan sidang akhbar pada jam 4 petang di sebuah restoran di kawasan Parlimennya di Batu.

Tian Chua pula dikatakan hendak umum letak jawatan Naib Presiden PKR.

Zuraida pergi ke rumah Wan Azizah pada jam  8 pagi bersama satu rombongan kecil.

Antara yang kelihatan adalah ADUN Rawang Gan Pei Nie, ADUN Taman Medan Haniza Talha, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang semuanya didakwa tidak dicalonkan semula.

Tian Chua juga adakan sidang akhbar jam 4 petang Ahad seperti jemputan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Namun apa yang menarik sidang akhbar itu ibarat satu drama yang kata orang ‘ ada makna’ yang tersirat dengan jelas.

Wajah Tian Chua yang biasanya ceria dalam setiap sidang akhbar…kali ini nampak agak keruh dikebanyakan masa.

Adakalanya beliau seperti bermasalah dan melamun jauh.

Beliau tidaklah umum nak letak jawatan atau nak keluar dari parti seperti yang menjadi bahan spekulasi.

Semua wartawan yang hadir menjangka  sidang akhbar itu adalah khusus untuk beliau bercakap mengenai hal berkaitan dirinya dalam pemilihan calon PKR.

Namun di luar dugaan wartawan yang hadir sidang akhbar itu dimulakan dengan beberapa wakil penduduk dalam kawasan itu bercakap mengenai kegusaran mereka tentang sebuah projek besar di situ.

Mereka meminta Tian Chua membantu membawa masalah itu kepada pihak berkuasa berkenaan.

Kemudian Tian Chua pula memberitahu beliau telah hospital untuk mendapat khabar mengenai kes tembakan maut pensyarah warga Palestin di Setapak pada Sabtu.

Beliau meminta kerajaan Malaysia menyiasat rapi kes berkenaan dan ambil tindakan sewajarnya sama macam kes keluarga pimpinan Koreea Utara ,Kim Jong Nam dibunuh di KLIA dulu.

Selepas itu baru Tian Chua bercakap mengenai isu pemilihan calon PKR dimana beliau mengakui wujudnya lobi melobi di saat akhir untuk jadi calon,tukar calon segala macam.

Ahli Parlimen Batu selama dua penggal itu juga memberitahu beliau telah diminta tinjau kemungkinan bertanding di Tebrau dan Ledang di Johor.

Katanya beliau tidak mahu ke sana kerana merasakan pihak yang sudah lama buat kerja di dua kawasan berkenaan wajar diberi peluang bertanding.

Serentak dengan itu Tian Chua mengambarkan beliau sedia tidak bertanding dalam PRU14 jika bukan di Batu.

Katanya sebagai aktivis parti sejak dulu beliau sedia main peranan dengan cara lain.

Dalam pada itu Tian Chua berulangkali meminta pimpinan PKR agar tidak tunduk pada tekanan dan lobi melobi dalam penentuan calon.

Menurutnya apa yang sudah tersusun elok tidak harus diganggu gugat untuk melayan kepentingan puak tertentu.

Ditanya berkali-kali,Tian Chua kata beliau tidka pernah sebut nak letak jawatan parti dan sebagainya.

Katanya media tidak harus buat spekulasi melulu sehingga pengumuman rasmi dibuat mengenai calon nanti.

Apa sekalipun dalam situasi berbelit-belit sidang akhbar itu kalangan wartawan dapat merasai ada mesej tersirat dari Tian Chua.

Beliau nampaknya sudah set tidak akan bertanding jika ditukar dari kawasan Parlimen Batu.

Dari cakapnya juga terserlah pergeseran hebat dalam isu pemilihan calon PKR menjelang PRU14 pada 9 Mei nanti

Kalangan wartawan yang mengenali Tian Chua dan sering membuat liputan sidang akhbarnya kata agak pelik baginya untuk bercakap hal-hal dalaman parti begini ‘jika tidak ada sesuatu yang membara di hati’

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana