TAN SRI ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN CALON MENTERI BESAR KELANTAN?PPBM JANGAN MIMPI LAH

Saya pernah dimaklumkan oleh beberapa orang kawan-kawan di Kelantan kononnya Naib Presiden PPBM merangkap Pengerusi PPBM Kota Bharu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mulanya berhasrat untuk bertanding di kerusi P21 Kota Bharu di atas tiket PPBM.

Begitupun, Tan Sri Abdul Rashid kemudiannya dikecek supaya melupakan hasrat untuk bertanding di kerusi P21 Kota Bharu ini di atas alasan bahawa beliaulah tokoh paling sesuai untuk menjadi calon Menteri Besar selepas Husam Musa ditarik darjah kebesaran beliau.

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today pagi ini, semalam Tan Sri Abdul Rashid sendiri telah mengumumkan di Kota Bharu bahawa beliau akan bertanding di kerusi N9 Kota Lama, yang terletak di dalam kawasan P21 Kota Bharu, di atas tiket PPBM dalam PRU 14.

Menguatkan lagi desas-desus ini adalah laporan portal berita ini bahawa Tan Sri Abdul Rashid, yang “sebelum ini dikatakan akan diberi kerusi Parlimen”, sekarang “dijangka memainkan peranan penting sekiranya Pakatan Harapan merampas negeri itu dari PAS”.

Saya adalah pengundi N9 Kota Lama dan P21 Kota Bharu kerana, seperti Tan Sri Abdul Rashid dan abang beliau Tan Sri Abdul Aziz yang berasal dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, dan masih mempunyai ramai keluarga di situ, saya juga menetap di kampung itu.

Walaupun saya mempunyai rakaman video ucapan Tan Sri Abdul Rashid yang meminta rakyat Kelantan mengundi PAS dalam PRU 14 tetapi atas dasar fair-play saya tidak akan mengeluarkannya, malah saya ucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Abdul Rashid.

Dr. Kamarul Yusoff

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana