SEBELUM PAKATAN PERINTAH PUN ORG KELANTAN MEMANG DAH RAMAI DI SELANGOR

DIPERINTAH PAS sejak 1990 dimana pembangunan yang dibawa mereka begitu perlahan dan dalam masa yang sama, di anak tirikan sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri, adalah dua punca utama kenapa ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar dari negeri itu untuk mencari peluang pekerjaan dan seterusnya kualiti hidup yang lebih baik.

Benda ini bukan baru, bahkan dari dulu lagi pun dah berlaku.

Jadi tak betul lah bila Azmin mendakwa ramainya orang Kelantan di Selangor adalah kerana ‘kemakmuran’ sejak Pakatan memerintah negeri itu.  Tak betul tu, malah boleh dikatakan tipu. Lagipun kemakmuran ni banyak berkaitan dengan keselamatan – bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Malah bukan Selangor saja orang Kelantan bertumpu, dinegeri-negeri lain juga seperti di Johor umpamanya, tak pulak kita dengar Menteri Besar negeri itu mendabik dada dan menghinakan orang Kelantan seperti Azmin sekarang.

Justeru, tak seharusnya Azmin mengambil kredit atas benda yang bukan disebabkan dia.  Majoriti, hampir 90% tempat bekerja orang Kelantan di Selangor sekarang, sudah wujud sejak zaman BN menjadi kerajaan.

Dengan masalah air yang tak selesai di Selangor hari ini, hampir tidak ada pelaburan baru dan kilang yang baru dibuka di Selangor.  hari ini jumlah bangla pun lagi ramai dari orang Kelantan.  Bila Azmin nak pergi Bangladesh dan bercakap besar di sana pulak?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment