RIZAB ANTARABANGSA BNM MENINGKAT AS$110 BILION, BUKTI DASAR EKONOMI BN HEBAT

Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia setakat Khamis lalu mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), rekod itu berjaya dicapai walaupun ada penyebaran berita palsu mengenai ekonomi negara.

“Dalam pembangkang asyik sebar berita palsu mengenai ekonomi negara, pelabur asing dan pengurus dana terus yakin kepada Malaysia dan dasar ekonomi BN.

“Setakat Khamis, aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia cecah rekod tertinggi satu tahun, RM429.80 juta,” kata Perdana Menteri dalam akaun twitternya hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan aliran masuk (bersih) mencatatkan 389.35 peratus lebih tinggi berbanding aliran masuk bersih RM87.83 juta yang dicatat Rabu lalu.

Setakat minggu ini, Bursa Malaysia mencatat jumlah aliran masuk bersih RM560.96 juta.

Di Asia, Malaysia berada di tempat ketiga selepas China dan India, yang menerima kemasukan dana asing setakat tahun ini sebanyak RM3.4 bilion.

Najib juga berkata setakat 13 April tahun ini, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia mencecah paras AS$110.0 bilion (AS$1>RM3.90).

Beliau berkata ia adalah satu lagi bukti keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara, dan dasar ekonomi kerajaan BN yang berkesan.

Dalam kenyataan sebelum ini, bank pusat berkata rizab AS$110 bilion lebih tinggi berbanding AS$107.8 bilion pada 30 Mac, 2018.

Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek, katanya.

Semasa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir bersara pada Oktober 2003, ia hanya AS$42.9 bilion. (Rekod tertinggi Najib ialah AS$141.4 bilion pada Mei 2013). 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana