‘RAFIZI MENGINGATKAN PAS BAHAWA TANPA UNDI KAUM CINA & INDIA, MEREKA TIDAK MAMPU MENANG

NIBONG TEBAL 21 April – Di sebalik dakwaan gabungan pembangkang PKR bahawa kehidupan rakyat negara ini semakin terhimpit, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau hidup selesa.

Menurut Rafizi, ini kerana beliau mempunyai pengalaman bekerja di luar negara dan dibayar gaji lumayan. Katanya, selepas pulang dan bekerja di dalam negara pula, beliau masih menikmati gaji yang tinggi.

“ Saya sudah merasai segalanya, sekarang kita merasa terbeban sedikit kerana subsidi minyak ditarik selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tapi saya sudah rasa hidup senang, “ katanya ketika berceramah di Sungai Acheh di sini malam tadi.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau mempunyai pendirian berbeza berhubung keputusan Pas untuk bertanding secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun Rafizi mengingatkan Pas bahawa tanpa undi kaum Cina dan India, parti itu tidak akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak persoal komitmen Pas namun hakikatnya mereka tidak mampu menang,” katanya.

Pas sebelum ini menjadi sasaran kecaman keras pemimpin PKR dan DAP selepas memutuskan kerjasama politik kerana mendakwa dikhianati kedua-dua parti berkenaan dalam beberapa isu.

– UTUSAN ONLINE.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana