PRU14: Khairuddin antara calon Amanah Melaka di Jasin

MELAKA: Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka menamakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Jasin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain Khairuddin, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari berkata, pihaknya meletakkan seramai enam orang calon yang akan mewakili gabungan pembangkang PKR bagi kerusi DUN.

Adly, 47, yang juga Pengerusi gabungan pembangkang PKR Melaka akan bertanding di DUN Bukit Katil manakala Ketua Pengarah Arif Malaysia, Juhari Osman, 43, akan bertanding di DUN Pantai Kundor.

Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Mohd Sofi Wahab, 49, akan bertanding di DUN Durian Tunggal sementara Timbalan Ketua Pemuda Amanah Melaka, Nor Khairi Yusof, 35, di DUN Serkam.

Naib Pengerusi Amanah Melaka, Zairi Suboh, 38, pula diletakkan di DUN Taboh Naning sementara Timbalan Speaker Amanah, Yuhaizad Abdullah, di DUN Merlimau.

Adly ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan membuat sidang akhbar dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana