Polis tutup laman web ‘dalang’ serangan siber

Satu operasi dike­tuai pihak berkuasa Britain dan Belanda berjaya menutup sebuah laman web yang digunakan untuk melancarkan lebih empat juta serangan siber di seluruh dunia termasuk menyasarkan institusi perbankan, kata Agensi Jenayah Nasional Britain (NCA).

“Pihak berkuasa di lima negara termasuk Belanda, Serbia, Croatia dan Kanada dengan sokongan polis Scotland serta Europol, menyasarkan enam anggota kumpulan penjenayah di sebalik laman web ini, webstresser.org,” kata NCA dalam satu kenyataan.

Penjenayah siber menggunakan perkhidmatan laman itu yang boleh disewa dengan bayaran serendah AS$14.99 (RM58.60) untuk melancarkan apa yang dinamakan sebagai serangan penafian perkhidmatan (DDOS).

Serangan itu mengakibatkan trafik sistem komputer menjadi tepu dan gagal berfungsi.

Polis Britain menggeledah sebuah alamat di Bradford, utara England dan merampas sejumlah barangan, manakala polis Belanda dengan bantuan Jerman serta Amerika Syarikat bertindak menutup laman web tersebut selain merampas sejumlah pelayan komputer.

Polis percaya bahawa seorang individu di alamat berkenaan menggunakan laman web itu, yang merupakan penjual DDOS haram terbesar dunia, untuk menyerang tujuh bank utama di Britain pada November tahun lalu, menyebabkan berlakunya masalah operasi.

Laman web haram itu memberikan pengguna keupayaan untuk menjejaskan sasarannya.

“Sebuah laman web jenayah utama telah ditutup dan kumpulan penjenayah yang canggih di belakangnya dihentikan susulan siasatan antarabangsa,” kata pegawai NCA, Jo Goodall.

“Siri tangkapan yang dibuat sejak dua hari lalu menunjukkan bahawa internet tidak memberikan kekebalan persembunyian identiti kepada penjenayah ini. Kami juga menjangkakan dapat mengenal pasti suspek seterusnya yang dikaitkan dengan laman web haram ini dalam tempoh beberapa minggu atau bulan akan datang selepas kami menganalisis bukti yang dikumpulkan,” tambah­nya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana