Permohonan 16 bekas ahli Umno, ditolak....Bangang Macai Madey Ni

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 16 bekas ahli Umno untuk mencabar kesahihan parti berkenaan 
kerana didakwa melanggar perlembagaannya ekoran gagal mengadakan pemilihan parti di semua peringkat hampir lima tahun.


Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan individu terbabit.


Pada 20 April lalu, sebanyak 16 bekas ahli Umno mengemukakan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, antaranya bagi mendapatkan perisytiharan parti itu tidak sah kerana didakwa melanggar perlembagaannya. 


Mereka menamakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh dalam kapasiti sebagai pegawai awam dalam parti, sebagai responden pertama dan kedua.


Dalam permohonan kebenaran itu, pemohon memohon beberapa perintah perisytiharan berhubung kedudukan dan status Umno berikutan parti itu didakwa melanggar perlembagaan parti.


Ini kerana pemilihan bagi semua peringkat iaitu Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno ditunda sebanyak dua kali iaitu melebih tempoh maksimum 18 bulan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana