‘PERKAHWINAN EMPAT PARTI TIDAK AKAN BERPANJANGAN KERANA KONTRAK’

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara parti dalam gabungan pembangkang PKR ibarat sebuah perkahwinan kontrak, iaitu kelihatan baik semata-mata untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, jika gabungan pembangkang PKR menang, pasti akan berlakunya masalah untuk membentuk kerajaan kerana setiap parti mempunyai kepentingan tertentu.

Katanya, ketika ini pun perbezaan dasar yang ketara antara setiap parti sudah tidak dapat disembunyikan malah soal perebutan kerusi juga tidak dapat diselesaikan dengan baik.

“Setiap parti dalam gabungan itu tidak pernah bersatu malah hubungan mereka ketika ini ibarat kahwin kontrak, yang mana matlamat utama untuk menang dalam PRU-14.

“Harga yang perlu dibayar oleh DAP dalam kahwin kontrak itu adalah mengorbankan penggunaan logo roket dan sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang lebih bernilai sekiranya menang kelak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, katanya, perkahwinan keempat-empat parti ini tidak akan berpanjangan kerana kontrak mereka setakat PRU-14 sekaligus memperjudikan kestabilan negara jika gabungan itu dipilih.

“Dalam merangka manifesto pun hal-hal perbezaan telah berbangkit, apa tah lagi selepas ini,” ujarnya.

Selain dasar berbeza, setiap parti juga berdepan krisis dalaman serius apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertelagah secara terbuka dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ramai melihat kemelut itu belum menemui titik noktah.

PAN dan PPBM yang dibubarkan sementara pula dilaporkan berdepan protes akar umbi dengan beberapa bilik gerakan PPBM ditutup akibat rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih manakala PAN masih diselubungi kekecewaan kerana bertanding di kerusi kelas ketiga.

– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana