PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH

Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai penyebaran berita palsu dan fitnah berkenaan isteri YAB Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor dalam bentuk audio yang dikongsi secara meluas menerusi aplikasi pesanan WhatsApp.

Dalam rakaman tersebut, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar mengenai perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Datin Sri Rosmah.

Beliau mendakwa perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan hari jadi isteri Perdana Menteri dan kos memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Datin Sri Rosmah di Putrajaya.

Individu tersebut yang mendakwa sumber berita tersebut datang dari seorang rakan beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak dijumpai dalam Perbendaharaan Negara.

Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar dan tidak berasas yang dibuat oleh individu tersebut. Tindakan individu tersebut hanya bermotifkan politik untuk menghasut rakyat.

Ketika ini gejala penyebaran berita-berita palsu dan fitnah semakin berleluasa di laman media sosial termasuklah aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram, terutamanya menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

Orang ramai dinasihatkan membuat penilaian serta semakan sebelum mempercayai berita-berita palsu serta fitnah yang disebarkan demi tujuan peribadi atau politik golongan yang tidak bertanggungjawab.

Individu yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran berita palsu ini boleh disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

PEJABAT PERDANA MENTERI
25 April 2018

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana