PAN NAK SAMAN PAS KERANA TANYA DANA DARI KOON YEW YIN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Perak mengancam mahu mengambil tindakan mahkamah ke atas PAS hanya kerana bertanya adakah PAN menerima wang daripada individu bernama Koon Yew Yin.

Setiausahanya, Salman Saleh yang membuat ancaman itu berkata, PAN menafikan perkara yang disebut oleh Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marsuki dan menuduh PAS telah membuat dakwaan jahat.

“PAN Perak dengan tegas menolak segala bentuk amalan politik wang dan politik ‘dedak’ seperti yang melanda PAS ketika ini.

“Kami mendesak Zuhdi mengemukakan bukti di atas dakwaan jahat yang tidak berasas itu. Sekiranya gagal, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zuhdi semalam meminta PAN menjawab dakwaan yang sedang tular di media sosial berhubung sumbangan RM50 juta oleh seorang tauke kepada DAP dan PAN bagi membiayai Pilihan Raya Umum ke-14.

Individu itu didakwa pernah memberi sumbangan kepada PAN Perak sebanyak RM500,000 dan berjanji akan memberi 10 kali ganda lagi sumbangan untuk PAN Perak bekerja keras menawan Perak.

“Sekiranya sumbangan 10 kali ganda itu diperolehi sekarang bermakna PAN Perak sahaja memperolehi sumbangan RM5 juta,” kata Zuhdi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana