`PAK TAM’ TIDAK AKAN PERNAH ‘CURANG’ DENGAN BN

ALOR SETAR – Terdapat suara-suara sumbang menyatakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Datuk Aminudin Omar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tam merupakan penyokong kuat Mukhriz Mahathir sama seperti dahulu.

Pada hakikatnya, tuduhan tersebut hanya omong kosong dari individu yang kecewa dan ‘patah hati’ sebaliknya Aminuddin semalam mengulangi taat setia dan walak kepada pucuk pimpinan serta parti BN Kedah.Aminuddin dituduh telah beralih arah oleh sesetengah pihak, namun bagi beliau tetap dengan pendirian terus setia dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya akan tetap bersama dengan BN dan sudah tentu ia adalah satu keazaman,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon BN Kedah oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di Mentaloon semalam.

Beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Pencalonan itu menyaksikan Aminuddin bakal berdepan dengan Mukhriz yang akan bertanding di kerusi sama.

Pada PRU13 lalu, Aminuddin menang dengan memperolehi undi sebanyak 17,094 undi dengan majoriti 3,056 undi, menewaskan calon PAS, Dr Rohani Abd Muttalib yang memperoleh sebanyak 14,038 undi, dalam pertarungan satu lawan satu.Namun begitu, sejak kebelakangan ini kesetiaan Aminuddin dipertikaikan oleh sesetengah pihak selepas peristiwa Mukhriz dipecat daripada jawatan Menteri Besar.

Susulan itu, meskipun Aminuddin dan Mukhriz begitu rapat dalam berpolitik namun beliau tidak mengikut jejak langkah Mukhriz yang menyertai parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Bercerita tentang PRU14 pada 9 Mei nanti, Aminuddin berkata, beliau terpaksa berdepan dengan sesiapa sahaja, yang penting adalah bekerja keras untuk menang.

– Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana