Nawawi vs Dr Mahathir dalam saingan tiga penjuru di Langkawi

Kini semua sedang pasang teropong pada Datuk Ir Nawawi Ahmad yang menang kerusi Parlimen Langkawi pada PRU13 dengan majoriti 11,861 undi menewaskan calon PKR dan seorang calon Bebas.
Pada PRU14 cabaran diduga lebih getir kerana beliau kena berentap dengan pembesar utama pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selesai penamaan calon pada pagi Sabtu kerusi panas yang akan menjadi perhatian seluruh negara akan menyaksikan saingan tiga penjuru.
Seorang lagi ialah calon PAS Zubir Ahmad.
Nawawi sebelum ini sudah menegaskan beliau sedia berentap dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Dr Mahathir telah memilih Langkawi setelah dikatakan tidak berani nak kembali ke kawasan lamanya di Kubang Pasu dan cuba nasib di Putrajaya.
Tandatanya kini mampukan Nawawi menjadi ‘giant killer’?
Pada PRU 13 BN sapu bersih kerusi Parlimen Langkawai dan kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat serta Kuah.
Calon BN di DUN Ayer Hangat Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid yang kini penyandang menangi kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti 5,311 undi.
Calon BN Kuah Nor Saidi Nanyan yang juga penyandang menang PRU13 di situ dengan majoriti 6,371 undi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment