Muslimim bukan Setiausaha Politik Zahid…

Tidak payah nak riuh riuh putarbeliit cerita segala macam.Orang bernama Muslimim Yahaya yang sertai pakatan pembangkang di kawasan Parlimen Sungai Besar bukanlah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Muslimim yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon,bekas Ahli Parlimen Sungai Besar yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak tidak lama dulu sebenaranya cuma Pegawai Khas kepada salah seorang Setiausaha Politik Zahid.

Beliau menyertai PPBM semalam kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Sungai Besar.

Calon yang dipilih ialah Budiman Mohd Zohdi.

Zahid menjelaskan hal ini dalam sidang akhbar selepas melawat Water Front Bagan Datuk Jumaat untuk mengulas desas desus konon Muslimin adalah Setiausaha Politik beliau.?

“Beliau bukan Setiausaha Politik saya tetapi Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik saya dan beliau bernama Muslimin,” katanya.?

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus menganggap tindakan Muslimin masuk pembangkang memberi kebaikkan kepada UMNO bahagian.

Katanya Muslimin kini terbukti dirinya adalah duri dalam parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana