Mei 10, 11 cuti umum jika PH menang PRU14 kata Mahathir....Madey Dah Habis Ideal Untuk Pancing Undi

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mei 10 dan 11 akan diisytiharkan sebagai cuti umum jika pakatan pembangkang memenangi PRU14.

Bercakap ketika taklimat untuk calon PH di sini, beliau berkata, cuti umum itu hanya untuk sempena kemenangan berkenaan sahaja.

Katanya, memandangkan hari mengundi pada 9 Mei adalah juga cuti umum maka orang ramai akan mendapat cuti lima hari dengan mengambil kira hujung minggu jika PH menang.

"PH apabila mendirikan kerajaan akan beri cuti pada Khamis dan Jumaat (Mei 10 dan 11).

"Di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak bakal mendapat empat hari cuti.

"Campur Rabu (hari mengundi cuti umum) jadinya lima hari cuti," tambahnya.

Rakyat bakal menikmati lima hari cuti umum; Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad serta ditambah dengan curi umum yang jatuh pada hari pengundian, 9 Mei.

Mengenai Langkawi, Dr Mahathir berkata, PH mampu meraih undi lebih di Langkawi pada PRU14 nanti.

"Kelebihan undi Umno-BN di Langkawi memang besar 11,000 daripada 40,000 undi.

"Kita boleh dapat 7,000 undi, dah cukup untuk menang.

"Kita yakin PH boleh dapat lebih daripada 7000," ujarnya.

Dr Mahathir yang akan bertanding di Parlimen Langkawi bakal bertembung dengan penyandang kerusi itu, Datuk Nawawi Ahmad dari BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana