MASYARAKAT CINA KEMBALI YAKINI BN...KITA TUNGGU DAN LIHAT SAJA

Masyarakat Cina kini bangkit menyuarakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) selepas pernah terpedaya dengan propaganda pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, pengajaran yang ditimba pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) antara lain menyaksikan kesedaran mereka mengenai keperluan meletakkan wakil dalam barisan Kabinet.

Optimis BN akan mencatat kejayaan lebih baik pada PRU-14, Najib memberi jaminan BN komited terhadap parti berasaskan kaum Cina seperti MCA, GERAKAN dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam BN.

Selain itu, katanya, BN menjanjikan peluang lebih meluas dalam perniagaan untuk manfaat masyarakat Cina, selain mengambil pertimbangan mereka dalam mencatur hala tuju ekonomi negara.

“Kali ini (pengundi Cina) lebih baik pilih BN kerana kita boleh memberi jaminan mencakupi peluang perniagaan, pinjaman mikro kredit dan penentuan dasar fiskal negara.

“Pengundi Cina ketika ini faham lebih baik bekerjasama dan memberikan sokongan kepada BN, berbanding pihak sebelah sana, sekali gus melonjak kadar perwakilan dalam barisan Kabinet.

“Saya harap parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina akan menang banyak kerusi pada PRU-14 kerana kita perlukan suara mereka,” katanya pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Najib menegaskan, BN tidak akan menerima DAP yang mempunyai prinsip perjuangan bersifat memecah-belahkan kaum bagi menggantikan MCA, GERAKAN dan SUPP.

Menyuarakan jaminan itu, beliau berkata, BN komited untuk terus mengekalkan hubungan dengan anggota komponennya yang mewakili masyarakat Cina, selaras semangat setia kawan dalam perlembagaan parti.

“Tsunami Melayu pun saya tidak nampak akan berlaku. Tiap kali PRU, pembangkang akan ubah slogan, malah sehingga kini kita tidak dengar lagi laungan ‘ini kalilah’ dicanang oleh mereka,” katanya.

Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana