Mahathir Putar Belit Fakta Muhyiddin Dipecat UMNO...Pening Madey Ker

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memutar belit berhubung fakta Tan Sri Muhyddin Yassin dipecat daripada UMNO dua tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dalam satu rakaman video di Facebook mendakwa kononnya Muhyddin dipecat kerana berani menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apabila dia menegur, Najib ambil tindakan buang dia dari parti. Cara tekanan ugutan tak laku sebab tu Muhyiddin sanggup korban jawatan tertinggi dua dalam Malaysia (Timbalan Perdana Menteri) untuk bela nasib rakyat,” dakwanya.

Fakta sebenar Muhyiddin dipecat daripada UMNO berkuat kuasa pada 25 Jun 2016 adalah kerana beliau jelas berkempen untuk pihak pembangkang ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di Selangor.

Muhyiddin yang masa itu masih ahli UMNO berkempen di pentas pembangkang menyerang pimpinan UMNO menyebabkan Majlis Tertinggi UMNO terpaksa membuat keputusan sebulat suara untuk memecat beliau.

Muhyiddin selepas dilucut keahlian UMNO bagaimanapun mendakwa kononnya beliau dipecat daripada UMNO kerana menentang Perdana Menteri. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana