MAHATHIR KIAN TERDESAK DI LANGKAWI, CEPAT-CEPAT PANGGIL JENTERA WANITA BERTEMU

CALON Pakatan Harapan yang dikuasai DAP bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah mula ‘goyang’ apabila risikan terbaharu memaklumkan bahawa beliau mungkin kalah dalam pertembungan kali ini.

Sejurus selepas mendapat perkhabaran tersebut, sumber dalaman memberitahu Dr Mahathir bergegas mempercepatkan jadualnya untuk ke Langkawi pada hari Jumaat 27 April 2018 dan terus mahu bertemu jentera wanita Pakatan Harapan Langkawi.

Apatah lagi dua hari sebelum penamaan calon berlangsung, Dr Mahathir telah menerima suatu tamparan hebat daripada bekas ahli-ahli Reformis 1998 yang tidak bersetuju dengan pencalonan beliau menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat, atau PKR.

Perjumpaan bersama jentera wanita Pakatan Harapan itu khabarnya adalah untuk menaikkan semangat mereka agar dapat bekerja lebih kuat bagi menuntut kemenangan buat Dr Mahathir.

Umum mengetahui, jentera Pakatan Harapan di Langkawi tidaklah sekuat yang disangka. Jika dibandingkan dengan jentera yang dimiliki oleh BN di Langkawi, ternyata ia banyak perbezaan ketara.Apatah lagi jentera Wanita BN Langkawi yang diketuai Puan Hisham Suhaili Othman dilihat cukup bekerja keras siang hingga malam untuk memberi kemenangan 3-0 kepada BN di daerah berkenaan.

Dr Mahathir datang Langkawi

Dr Mahathir dijangka akan hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada esok pagi bagi proses penamaan calon PRU14 kali ini.Beliau dijangka akan bertanding menentang penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon dari PAS iaitu Zubir Ahmad.

Tambah sumber itu lagi, selepas Dr Mahathir selesai proses penamaan calon, Pengerusi Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu akan berceramah di beberapa tempat sekitar Langkawi sebelum pulang ke rumahnya di Seri Kembangan, Selangor sehari selepas penamaan calon.

Diusia 93 tahun itu, Dr Mahathir katanya terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen mahu menjatuhkan Kerajaan Islam pimpinan BN yang ada sekarang ini. – TV14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana