Lima ramuan BN rampas semula parlimen Ipoh Timur

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Ipoh Timur mempunyai ramuan berkesan bagi merampas kembali kawasan berkenaan dari genggaman pembangkang berasaskan lima agenda penting yang telah digariskan.

Kathleen Wong Mei Yin atau Kat Wong, merupakan juga TimbalanPengarah Institute of Strategic Analysis  and Policy Research (INSAP)- sebuah `think-tank’ MCA,yakin sokongan kepada BN semakin memberangsangkan.

Beliau pernah bertanding kerusi Parlimen Ipoh Timor pada PRU13 lalu tetapi tewas namun beliau dicalonkan semula sebagai calon BN bagi merebut kerusi Parlimen Ipoh Timor dalam PRU14 kali ini.

Beliau dijangka berdepan mantan ADUN Cannning yang dimenangi DAP, Wong Ka Woh yang berpindah kerusi parlimen itu pada pilihan raya kali ini.

 Bagi merealisasikan hasrat murni itu, Kat Wong mengariskan lima agenda penting yang menjadi tumpuannya dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memenuhi aspirasi dan kepentingan rakyat di parlimen itu.

Pertama, katanya, mahu mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda seiring dengan perkembangan sosio ekonomi di Bandaraya Ipoh.

Katannya,  bagi memenuhi matlamat itu diperlu dipastikan wujudnya pelan ekonomi yang lebih mantap dan tersusun dengan melibatkan lebih ramai pemain ekonomi di negeri ini.

``Saya mahu bekerjasama rapat dengan para pemegang dan pemilik syarikat (stakeholders) bagi meningkatkan pendapatan golongan mereka yang bekerja selain membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan yang tidak mempunyai pekerjaan.’’ Katanya.

Kedua, kata Kat Wong, beliau mahu melihat warga Ipoh memiliki rumah mampu milik dengan memastikan perluadanya kawasan tanah yang sesuai dan layak bagi tujuan pembinaan rumah berkenaan.

 Ketiga, beliau mahu memastikan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) perlu dibantu bagi mengembang peniagaan mereka dan pada masa yang sama menikmati pertukaran teknologi dari luar negara.

Menurut Kat Wong, sebagai Ahli Parlimen, beliau tidak mahu melihat Ipoh tertinggal kebelakang  didalam master pelan ekonomi kerajaan selain memastikan  Ipoh menjadi bandar tarikan para pelabur antarabangsa.

Katanya, pengalamannya selama 18 tahun sebagai ahli politik, beliau mempunyai pengalaman bekerjasama  dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan berkepentingan di Ipoh dalam menyalur pelbagaibentuk dana.

Keempat,beliau menekankan soal kepentingan kesihatan rakyat  yang ketika ini  Malaysia memiliki sistem amalan penjagaan kesihatan yang terkenal di dunia dimana rakyatnya mendapat faedah besar menerusi perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan.

Namun begitu tambah beliau, dengan pertambahan penduduk maka perlunya kerajaan membina klinik-klinik kesihatan di kawasan pinggir bandar.

Kelima, beliau akan memberi penekanan soal keselamatan warga Ipoh.

Untuk itu, katanya, Program Pemantauan Keselamatan akan diadakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kumpulan keselamatan beruniform  bagi mencegah kejadian jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana