KRISIS PKR: SELEPAS TIAN CHUA, SURENDRAN PULA MANGSA KEMELUT AZMIN-AZIZAH

Tidak boleh berselindung lagi krisis dalaman PKR antara Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali.

Menjelang pertarungan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan bermula Sabtu ini (28 April), Wan Azizah nampaknya menggunakan kuasanya didalam parti untuk menentukan calon pilihannya, menyingkirkan senarai calon yang dikemukan oleh Azmin.

Antara mangsa yang terpaksa digugurkan adalah Naib Presiden PKR sendiri, Tian Chua setelah spekulasi timbul beliau tidak akan diberikan mandat oleh parti untuk mempertahankan parlimen Batu yang disandangnya selama dua penggal.

Dipetik Malaysiakini, Tian Chua berkata beliau tidak berminat untuk dipindahkan ke Johor sepertimana disarankan.

Malah, beliau turut mengakui wujudnya pertikaian didalam PKR lantas memberi amaran agar pemimpin parti membuat percaturan terbaik dalam menentukan lokasi yang akan dipertaruhkan parti.

“Saya cuma minta, pada saat akhir, pemimpin kita berhati-hati dalam menggugur atau menyenaraikan orang (dalam senarai calon) hanya untuk memenuhi lobi pelbagai pihak.

“Ini kerana kita memikul tanggungjawab yang berat. Rakyat mahu melihat PKR memenuhi aspirasi mereka dan bukannya memenuhi kepentingan pihak tertentu.”

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PKR, N Surendran juga bakal menerima nasib sama – dipindahkan ke Johor – walaupun peguam menang besar dengan majoriti melebihi 8,400 menentang calon BN dan 3 lagi calon bebas di parlimen Padang Serai pada PRU13 lalu.

Dipetik FMT, Tian Chua dan Surendran merupakan penyokong Azmin dan perpindahan tanpa rela itu dibuat diatas keputusan Wan Azizah untuk melumpuhkan kem seterunya didalam PKR.

Surendran walaubagaimanapun enggan mengulas mengenai isu penggugurannya dari kerusi parlimen Padang Serai.

Wan Azizah dalam pada itu meletakkan dirinya di kerusi selamat parlimen Pandan, menggantikan penyandangnya Rafizi Ramli yang kini menanti pelaksanaan hukuman penjara.

Sementara parlimen Permatang Pauh yang disandang Wan Azizah diberikan kepada anaknya, Nurul Izzah Anwar yang ‘lari’ dari parlimen Lembah Pantai.

Izzah akan meneruskan legasi Anwar di Permatang Pauh yang dimenangi Ketua Umum PKR itu semenjak 1982.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL