KRISIS BAKAL MELETUS DALAM PKR KERANA SENARAI CALON PRU14

PETALING JAYA: Krisis bakal meletus dalam PKR berhubung calon pilihan raya untuk Selangor dengan nama-nama yang dicadangkan oleh timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dikatakan dipotong daripada senarai itu.

Difahamkan sehingga lapan nama yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu telah digugurkan atau ditolak oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Satu delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tiba di kediaman Dr Wan Azizah di Segambut, yang mana ahli PKR menggelar sebagai “Istana Segambut,” pada 8 pagi Ahad (22 April) untuk membincangkan perkara itu.

Difahamkan Zuraidah sedang cuba untuk berbincang dengan Dr Wan Azizah supaya memikirkan semula senarai calon.

Penyandang yang digugurkan dikatakan termasuklah Ahli Parlimen Tian Chua (Batu) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju) manakala Ahli Dewan Undangan adalah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Tiga nama lain yang dicadangkan oleh Azmin juga dilaporkan ditolak.

Mereka termasuklah pembantu akhbarnya, Hilman Idham, yang dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan pembantu Azmin, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi sekutu Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.

Delegasi yang diketuai oleh Zuraidah itu termasuklah Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian, mereka yang mempunyai hubungan baik dengan Dr Wan Azizah.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Ketidaksefahaman dalam penamaan calon itu adalah kesinambungan perselisihan antara dua kumpulan dalam PKR, satu yang diketuai oleh Azmin dan satu lagi oleh naib presiden Rafizi Ramli, yang menyebelahi Dr Wan Azizah.

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana