JENTERA PKR DUN BUKIT CHANDAN LUMPUH, PELUANG CERAH UNTUK MASLIN

BERITA terkini yang diterima, jentera PKR DUN Bukit Chandan Kuala Kangsar lumpuh. Jika benar dakwaan tersebut maka calon Barisan Nasional N34 DUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang.

Senarai calon Barisan Nasional Kuala Langsar:-
P. 067 KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd. Yazid
N. 34 BUKIT CHANDAN: Maslin Sham Razman
N. 35 MANONG: Mohamad Zuraimi Razali

Menurut sumber, pejabat “baru” PKR Kuala Kangsar dilihat sepi. Dinding berwarna merah jambu tidak dihiasi bendera parti atau poster pemimpin mereka. Satu-satunya petanda ia pejabat operasi PKR ialah baju ketua bahagian, Mohd Khair Mohd Zainal, yang digantung pada dinding pejabat.

Masalah dikatakan bermula apabila Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim yang aktif di lapangan selama ini diberitahu dia tidak akan bertanding di DUN Bukit Chandan. Sejak itu jentera PKR Kuala Kangsar lumpuh dan pejabat bahagian di Bukit Chandan ditutup.

Senarai calon pakatan Kuala Kangsar:-
P. 067 KUALA KANGSAR: Dr Ahmad Termizi Ramli (PAN)
N. 34 BUKIT CHANDAN: Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid(PKR)
N. 35 MANONG: Mohamad Isa Jaafar(PPBM)

Penyandang Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Hamid terpilih untuk mewakili PKR di Bukit Chandan manakala PPBM akan bertanding di Lumut.

PKR berkemungkinan besar akan kehilangan beberapa ratus undi sekiranya penyokong Fatmawati memboikot hari pengundian. Kerusi yang mereka terpaksa lepaskan kepada PPBM juga dilihat sebagai menambah luka buat penyokong tegar PKR.

Selama ini PKR berjuang untuk menentang kezaliman Mahathir namun diakhir cerita mereka dipaksa berpolitik bersama musuh ketat PKR. Ianya umpama meludah dan menjilat semula ludah tersebut. Ramai yang tidak berpuas hati dengan senario politik yang melanda PKR sekarang.

Tambahan pula denga kewujudan kem Wan Azizah dan kem Azmin telah meletakkan parti tersebut bagai retak menanti belah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana