DITUDUH KUDA TROJAN, RAIS YATIM BAKAL LETAK JAWATAN?

Tan Sri Rais Yatim dijangka melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia dan Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosio Budaya berikutan desakan banyak pihak dalam UMNO supaya beliau berhenti mensabotaj UMNO Dan Barisan Nasional.

Sebelum ini seorang penulis politik Ab Jalil Backer menggelar Rais sebagai Kuda Trojan Mahathir menjelang pilihan raya umum ke-14.

Tindakan Rais berterusan mempersoalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan yang membenarkan UMNO menangguhkan pemilihan sehingga 2019 dilihat sebagai satu cubaan untuk menjatuhkan moral penyokong dan ahli UMNO menjelang plihan raya umum.

Sumber dalaman Pejabat Perdana Menteri menyatakan setakat ini tiada sebarang temu janji antara Perdana Menteri dengan Rais Yatim. Bagaimanpun sumber tersebut membayangkan mereka akan mengalu-alukan sebarang tindakan Rais untuk melepas jawatan.

Sementara itu, Ab Jalil Backer yang dihubungi menyatakan Rais Yatim tidak perlu membuat sebarang temu janji dengan Perdana Menteri untuk meletak jawatan. Beliau hanya perlu membuat pengumuman rasmi dan menghantar surat perletakan jawatan.

“Saya tidak fikir Perdana Menteri, Najib Razak, ada masa untuk melayan perangai kebudak-budakkan Rais Yatim. Rais Yatim bukan orang baru dalam politik negara. Beliau sering menonjolkan imej umum sebagai seorang yang berbudi bahasa dan “gentleman”. Malangnya di belakang tabir jelas beliau tidak begitu.

“Seorang ahli politik yang “gentleman” akan berhenti apabila ia tidak lagi bersetuju dengan pihak yang melantik dan ketuanya. Dalam hal ini jelas beliau bukan sahaja tidak bersetuju dengan Najib Razak dan UMNO, tetapi juga telah menyerang secara terbuka. Manusia jenis apa Rais Yatim ini masih bergayut pada dahan yang cuba beliau patahkan? Monyet pun lagi pandai dari Rais Yatim ini.”

“Nasihat saya kepada Rais, berhentilah tanpa perlu bertemu Perdana Menteri.”-MYKMU.NET
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment