Chegubard keluar 9 buku dedah jenayah rasuah calon PRU Selangor

KUALA LUMPUR: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini mengedarkan enam buku kecil yang didakwanya mendedahkan jenayah rasuah membabitkan enam calon parti memerintah di Selangor.

Katanya, enam buku diedarkan secara percuma itu adalah sebahagian daripada sembilan pendedahan membabitkan sembilan calon yang bertanding atas tiket parti memerintah di Selangor.

Buku yang bertajuk 'Siri Komplikasi Pendedahan Jenayah Kartel Azmin Ali' bakal diedar dalam satu siri jelajah di Selangor tidak lama lagi, kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Chegubard berkata, turut bersamanya adalah Pengerusi Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor, Nasiruddin Mohamed.

"Kita akan turun padang dan menyebarkan kepada rakyat di Negeri Selangor khususnya pengundi untuk memaklumkan status calon terbaik untuk dipilih pada PRU akan datang," katanya.

Program dikendalikan oleh Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor akan bermula pada 5 Mei depan.

Pada program itu, beberapa NGO di Selangor dijemput untuk membuat persembahan mengenai bukti-bukti yang mendedahkan jenayah rasuah didakwa membabitkan sembilan calon PRU yang dikaitkan dengan Kartel Azmin.

Di samping itu, Chegubard turut menyenaraikan 12 politikus yang pada pendapatnya wajib kalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana