Bekas Ratu Cantik Diugut Sebab Sokong BN

ANCAMAN… Hanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN), bekas ratu cantik Miss Malaysia Indian Global 2006, Mourhrna A. Reddy menerima pelbagai ugutan dan ancaman.
Ia selepas tular rakaman video yang memaparkan sokongan dirinya secara terbuka terhadap manifesto parti pemerintah tersebut setelah dimuat naik menerusi laman sosial popular Facebook baru-baru ini.

Mourhrna berkata, video yang dimuat naik di laman Facebook ‘Den Anak Seremban‘ itu telah mendatangkan kemarahan beberapa individu lain sekali gus membuat ugutan untuk mencederakannya.

“Beberapa hari selepas video memaparkan sokongan saya terhadap manifesto BN yang boleh membantu komuniti India di Seremban dimuat naik, saya telah menghubungi pemilik akaun dan meminta ia dipadam.

“Ini ekoran saya menerima pelbagai ugutan oleh beberapa individu menerusi aplikasi sembang WhatsApp dan komen ancaman melalui laman Facebook, ” kata Mourhrna dalam sidang akhbar, di Seremban hari ini.

Namun ujarnya: “Selepas dipadam, ada pihak yang sempat memuat turun video itu dan menularkannya menerusi WhatsApp. Saya kemudian menerima pelbagai ugutan termasuk akan disimbah asid di muka selain dicederakan.”

Baagimanapun Mourhrna, 33, memberitahu, dia turut menerima satu rakaman video daripada seorang lelaki India yang tidak dikenali dan menyuruhnya supaya segera bertindak untuk menukar parti politik.

“Lelaki itu kemudian berkata, kalau saya terus lagi menyokong BN, tidak tahu apa nasib akan berlaku kepada saya nanti dan masih belum terlambat untuk saya masuk (menjadi ahli) pula parti pembangkang.

“Semua video dan rakaman suara berbaur ancaman tersebut membuatkan saya berasa trauma dan saya telah mengupah seorang pengawal peribadi demi keselamatan diri saya,” kata Mourhrna kesal.

Beliau memberitahu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Seremban 2 dan beliau menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment