AZMIN HINA ORANG KELANTAN: KALAU KELANTAN HEBAT KONONNYA SERAMBI MEKAH,KENAPA BERHIJRAH KE SELANGOR ?

Kelemahan kepemimpinan kerajaan Kelantan yang dinaungi PAS didakwa menjadi punca rakyat negeri terbabit berhijrah ke Selangor untuk memanfaatkan pelbagai peluang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan pembangkang mampu memimpin negeri lebih baik berbanding satu parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, menyatakan kehairanan dengan sikap segelintir pemimpin dalam PAS mempertikaikan kepemimpinan pembangkang di Selangor.

"Bukan saya nak sombong tetapi berapa ramai orang Kelantan pindah ke Selangor? Jika Kelantan hebat seperti gelarannya Serambi Makkah, kenapa ramai orang Kelantan datang Selangor?
"Ini kerana Selangor negeri yang aman, makmur, maju, adil dan sejahtera untuk semua rakyat berbilang bangsa.

"Sejak dilantik menjadi Menteri Besar, saya diingatkan wajib berlaku adil dan melakukan ihsan," katanya pada majlis minum petang anjuran Parti Amanah Negara (PAN) Pokok Sena di sini, hari ini.
Mohamed Azmin turut berharap PAS tidak 'membuat kacau' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana menyifatkannya sebagai pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

"Pertembungan 9 Mei ini adalah untuk dua parti saja, maka kalau ada parti yang sibuk-sibuk, tolonglah jangan kacau hingga pecahkan undi.

"Sebuah parti tidak mampu menjadi kerajaan negeri, apatah lagi Kerajaan Persekutuan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana