ANTARA CALON-CALON SELEBRITI UNTUK PRU14


1.Azwan Ali

Dilahirkan dengan nama Mohamed Azwan Haji Ali, Azwan Ali adalah adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Azwan, 52, merupakan pengacara popular dan telah mengesahkan akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan  Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR.

2.Syamsul Debat
Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali dengan nama Syamsul Debat merupakan penceramah terkenal yang popular dengan ceramah santainya. Syamsul, 40, telah mengesahkan akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Negeri Sembilan pada PRU-14 nanti.

3.Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan ahli politik paling popular di kalangan anak muda Malaysia. Beliau adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan merupakan ahli Parlimen Rembau. Khairy, 42, akan kekal bertanding kerusi Parlimen Rembau pada PRU-14 nanti.

4.Tengku Asmadi
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, 54, adalah pakar motivasi terkenal negara. Lebih dikenali dengan nama Tengku Asmadi, beliau akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kuala Nerus pada PRU-14 akan datang.

5.Radhi Mat Din
Muhamad Radhi Mat Din, 52, atau lebih dikenali sebagai Radhi Mat Din merupakan lagenda bola sepak Kedah. Beliau merupakan jurulatih bola sepak dan bekas pemain bola sepak Malaysia. Beliau akan bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada PRU-14 nanti.

6.Ustaz Zamri ‘Mantop’

Mohd Zamri Mohd Zainudin, 39, atau lebih dikenali dengan nama ‘Ustaz Zamri Mantop’ adalah hos rancangan ‘Mari Mengaji’ terbitan TV9. Beliau akan bertanding di kerusi DUN Sungai Burong pada PRU-14 nanti mewakili parti PAS.
7.Nushi Mahfodz
Seorang lagi personaliti TV dan bekas hos rancangan terbitan Astro Oasis, Nushi Mahfodz, 43, akan mewakili parti PAS untuk bertanding di Parlimen Bangi.

8.Ustaz Dusuki
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, 42, atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Dusuki adalah penceramah bebas dan sering beri kuliah agama di Astro Oasis, beliau juga adalah timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor. Ustaz selebriti ini akan bertanding di kerusi DUN Kota Anggerik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana