Adakah PBT Di Selangor Penyokong Kuat PKR?

Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor terutamanya di Shah Alam berpihak kepada PKR walaupun pada asasnya pihak berkuasa tempatan perlu bersikap tidak memihak kepada mana-mana parti walaupun parti kerajaan negeri berkenaan.

Di Shah Alam, PKR didapati memasang bendera parti pada banyak tiang lampu di sekitar Seksyen 26, di sepanjang jalan raya awam. Mereka bukan memasang benda di batang kayu dan diikatkan pada tiang lampu tetapi menjadikan tiang lampu itu ibarat tiang bendera.

Adakah ini dibenarkan dalam kempen kerana ia melibatkan harta benda awam di jalan raya utama yang biasanya diuruskan oleh PBT di kawasan itu?

Cuba bayangkan jika Barisan Nasional (BN) memasang bendera seperti itu di tiang lampu, sudah pasti Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan isu itu untuk menghentam pihak berkuasa tempatan kalau di ibu negara khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Adakah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sudah mahu buat negeri Selangor ialah sebuah negeri milik dirinya dan PKR sepenuhnya. Di negeri lain yang ditadbir BN, ada bendera dipasang di tiang lampu tapi diikat dengan kayu. Di Shah Alam, bendera PKR dipasang tinggi pada tiang lampu. Siapa yang memanjat tangga untuk memasangnya?

PBT di negeri Selangor perlu menjawab adakah mereka memihak kepada PKR dan menyokong parti itu seakan-akan Selangor sudah menjadi milik PKR selama-lamanya.

PKR sudah berasa parti mereka cukup hebat untuk memperlakukan negeri Selangor seperti itu.

Masalah gangguan bekalan air pun masih tidak selesai ekoran tindakan melambat-lambatkan proses pembinaan loji rawatan air Langat 2. Kemudian, biarkan rakyat negeri Selangor menderita hingga terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Skandal tanah di Ijok akan didedahkan habis-habisan oleh BN sepanjang tempoh kempen dan bermacam-macam lagi skandal yang membelenggu parti PKR dan Azmin akan didedahkan oleh BN bahawa #HarapanPalsu #HarapanFitnah selama ini untuk mengelirukan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana