Skim sewa beli rumah DAP dan PKR... indah khabar dari rupa

Satu lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan pembangkang secara bersungguh-sungguh,khususnya DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor,ialah SKIM SEWA BELI RUMAH.Indah khabar dari rupa !!

Memiliki sebuah rumah yang selesa dan selamat adalah impian setiap individu,terutama yang baru mendirikan rumahtangga.Namun dengan harga rumah yang semakin meningkat, menyebabkan peluang untuk memiliki sebuah rumah amat tipis.

Peraturan ketat bank-bank perdagangan dalam pinjaman perumahan begitu menghantui para pemohon.Justeru itu,suatu alternatif perlu diperkenalkan bagi memenuhi impian rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Dalam hal ini,kerajaan pro-rakyat di Johor,bukan sahaja mendengar suara hati rakyat tetapi sedaya upaya akan memenuhi dan melaksanakannya.Impian Bangsa Johor tetap akan menjadi kenyataan.

Antara agenda utama kerajaan pro-rakyat melalui pelan suara hati yang masuk tahun ke lima, ialah menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ),dengan sasaran sebanyak 60,000 hingga 100,000 unit menjelang tahun 2023.Ini tidak termasuk rumah-rumah murah yang dibina oleh pemaju swasta.

Kerajaan sedar masalah utama rakyat ialah untuk mendapatkan pinjaman perumahan melalui bank-bank perdagangan. Namun BN Johor terus memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan setiap rakyatnya memiliki rumah sendiri.

YAB Datuk Mohamed Khaled Nordin selaku MB Johor,memperkenalkan insentif baru iaitu Skim Perumahan Sewa Beli Rakyat Johor. Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 5,000 unit rumah skim sewa beli rakyat Johor menjelang akhir tahun 2018.

Dengan memperuntukan RM30juta hingga RM40juta,kerajaan akan membeli unit-unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di bawah RM80,000 untuk dijadikan rumah sewa beli kepada bangsa Johor yang setia.Dan setakad ini sebanyak 2,500 unit rumah telah ditawarkan kepada rakyat Johor di bawah skim ini.

SKIM SEWA BELI pertama di Pasir Gudang, Johor.

Pada 21 Mei 2017 sewaktu lawatan kerja Menteri Besar Johor ke Parlimen Pasir Gudang,beliau telah menawarkan skim sewa beli rumah PPR Tmn.Cendana sebanyak 1,499 unit.

Sementara 240 unit rumah PPR Bandar Seri Alam,Jalan Tasek 64 telah ditawarkan rumah skim sewa beli dengan kadar RM234 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Percayalah jika DUN Johor Jaya kembali kepada BN,akan lebih banyak skim perumahan sewa beli dapat dilaksanakan di kawasan ini.Hari ini semua kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkang tidak ada satu pun bentuk pembangunan yang boleh kita banggakan.

Lima tahun yang merugikan.DAP bertapak di DUN Johor Jaya,tiada suatu pun hal kebajikan dan kemudahan prasarana diambil peduli.Perkara ini bukan berlaku di DUN Johor Jaya sahaja tetapi kebanyakkan kawasan yang mempunyai wakil rakyat DAP dan sekutunya.

Pilihanraya hanya tempat untuk mereka mendapatkan kerusi.Selepas menang,mereka hilang.Timbul sekali sekala tanpa membawa apa-apa perubahan.Segala masalah di kawasan diambil acuh tak acuh,tanpa penyelesaian.Maka tidak hairanlah jika wakil rakyat DAP.sering lari kekawasan lain pada tiap kali pilihanraya.

Menjadi wakil rakyat bukan sekadar memotong reben atau melawat pasar malam.,atau ziarah orang sakit.Tetapi lebih daripada itu.

Antara masalah-masalah yang perlu ditangani oleh wakil rakyat di DUN Johor Jaya adalah masalah pembangunan semula perkampungan setinggan dan tuntutan hak milik tanah.

Wakil rakyat yang ada seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Dalam hal-hal sebeginilah, UMNO sentiasa ke hadapan sebagai wadah orang-orang Melayu dalam memperjuangkan hak mereka.

Terima Kasih Kepada UMNO Bahagian Pasir Gudang,lima belas tahun di bawah YAB Datok Mohamed Khaled Nordin,yang telah berjaya menyelesaikan tuntutan-tuntutan hak milik tanah,bukan sahaja di DUN Johor Jaya tetapi juga di DUN Permas.

Apa DAP perjuangkan untuk pengundi di bandar?!Tiada suatu pun kawasan DAP atau sekutunya di Johor ini yang boleh rakyat banggakan!!

Saban hari menghasut rakyat membenci kerajaan,tanpa ada sebarang cadangan untuk penambahbaikkan.Mencipta persepsi negatif.Malah apa sahaja yang dirancang oleh kerajaan semuanya tidak baik kepada mereka.

Ayuh bermuafakatlah bersama team Johor untuk merampas semula DUN Johor Jaya daripada DAP dan sekutunya agar kerajaan dengan penuh selesa dan yakin dapat meneruskan gagasan Johor berkemajuan untuk semua rakyat Johor tanpa mengira agama dan bangsa!

Jangan musnahkan muafakat Johor yang telah terbina sejak ratusan tahun dahulu oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.Sebagai bangsa Johor yang tinggi setianya,menjadi tanggungjawab kita untuk memerangi sesiapa sahaja yang cuba mahu memecah belahkan ikatan muafakat Johor!!!

Berfikirlah secara matang.Mengapa belanga harus dibuang hanya kerana setitik nila yang tertuang ?Bukankah belanga banyak berjasa utk dikenang?!

Johor Tetap Jadi Johor! Johor yang Islami ,listari dan harmoni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana