SEBELUM BERLAGAK PANDAI, JAWAB DULU SOALAN BANK DUNIA

Kenyataan tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) pun negara boleh dibangunkan adalah satu lagi karakter Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sentiasa ‘berlagak pandai’ walaupun hakikatnya sudah 160 negara melaksanakan sistem percukaian tersebut.

Kenyataan tersebut juga boleh difahami yang pemimpin 160 negara tersebut termasuk negara kaya dan maju ‘kurang cerdik’ berbanding beliau yang masih mempertahankan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) seperti mana Myanmar dan Afghanistan.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, jika diikutkan Dr. Mahathir, negara yang melaksanakan GST adalah bodoh kerana melakukan kesilapan beralih kepada sistem percukaian berkenaan.

Oleh itu, dalam nada menyindir, beliau mencadangkan kepada calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu supaya membuka kelas ‘mengajar’ pemimpin 160 negara supaya tidak melaksanakan GST untuk mendapatkan sumber pendapatan.

Katanya, kelas Dr. Mahathir itu juga harus disertai pakar-pakar ekonomi, kewangan dan percukaian dari seluruh dunia termasuk kepada pengurusan kanan Bank Dunia.

“Tetapi sebelum itu, beliau kena jawab dulu pertanyaan ramai termasuk Bank Dunia, dari mana hendak tampung sumber pendapatan akibat kehilangan hasil lebih RM20 bilion apabila memansuhkan GST.

“Persoalannya apakah ada sumber lain untuk ganti GST? Inilah wajah sebenar mereka yang amat terdesak untuk memancing undi walaupun hakikatnya 160 negara sudah melaksanakan GST. Adakah ini bermakna negara berkenaan bodoh atau melakukan kesilapan?,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan kerana kehilangan hasil yang banyak.

Justeru, Hadad-Zervos membangkitkan lima persoalan utama kepada Pakatan Harapan diketuai DAP antaranya perbelanjaan yang akan dikurangkan selain sumber lain yang dijadikan pendapatan negara.- UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana