Rafidah dan Rais alami sindrom pasca persaraan

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mempersoal dua bekas menteri yang mulai mengikut jejak langkah Tun Mahathir Mohamad mengenai isu semasa negara.

Dua bekas menteri tersebut adalah bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Undang-Undang dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim.

Menurutnya, ugutan mereka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata sudah ‘Out of Touch’ dengan urusan pentadbiran kerajaan hari ini sekaligus memperlihat mereka masih terikat dengan pendewaan personaliti Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

“Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga, isteri, suami dan anak sendiri, di mana pendirian kalian? Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yang durjana, di mana kalian? Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, di mana kalian?

“Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan Islam dipersenda dan hal agama tidak dibela, di mana suara kalian? Dan kini ketika segala hipokrasi, U- turn, matlamat menghalal cara, di mana kalian?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tambah Annuar lagi, kedua-dua pemimpin itu turut dilihat seperti berlakunya ‘sindrom pasca persaraan’ akibat sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan suatu masa dulu dan kini terasa perlu menarik perhatian tentang pendapatnya.

“Apa yang diharapkan mereka ialah satu serangan, bidasan terancang dan betul-betul serentak terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk persepsi negatif terhadap perdana menteri, Strategi ini sudah lama dapat dibaca dan tidak akan berjaya.

“Bukan saja motifnya tidak sejujur yang cuba digambarkan, tetapi juga status “sudah luput” mereka, dan ketiadaan ‘locus standi’ menjadikan kenyataan mereka sebenarnya kurang wibawa,malah mempunyai “ulterior motives”, apa lagi apabila mereka mempunyai rekod sering bakar jambatan.

“Sementara nasi bukan saja menjadi bubur tapi juga sudah pun basi,” ujarnya lagi.

Menurut Annuar lagi, pemmpin veteran itu sepatutnya istiqamah dalam perjuangan, dan bukannya ‘personality cult’ atau bernostalgia dengan legasi lama.

“Kita harus beristiqamah bersama perjuangan bukan U- turn berkali-kali sebagai SuperMachiavelli,” jelasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana