PM bentang usul persempadanan semula di Dewan Rakyat…lepas MP pembangkang buat ‘aksi sarkas’

Biasalah… Ahli Parlimen pembangkang tampil dengan gimik aksi bikin riuh macam sarkas dalam sidang Dewan Rakyat dalam usaha terakhir mereka nak cuba sekat jua langkah kerajaan.

Ini juga berlaku semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul laporan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Suasana gamat bergema dalam sidang sekitar jam 11.45 pagi bila beliau nak mula selepas sesi soal jawab.Kalangan Ahli Parlimen pembangkang bangun guna alasan isu berkenaan masih dalam pertimbangan mahkamah maka ia subjudis dibentangkan.

Sebaliknya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah ‘sekolahkan’ mereka bahawa dakwaan itu tidak benar dan arah pembentangan diteruskan.

Protes mereka berterusan dan gara-gara kedegilan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) enggan patuhi arahan duduk,Pandikar telah arah beliau keluar dewan.

Beliau kemudiannya tangguhkan sidang selama setengah jam mulai jam 12 tengahari untuk memastikan Kit Siang keluar dewan.Inipun setelah beliau minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman said usulkan gantungnya selama 6 bulan.

Sidang disambung semula jam 12.30 tengahari dan Perdana Menteri telah membentangkan usul laporan persempadanan semula itu selama kira-kira 15 minit.

Dalam laporan berkenaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kawasan pilihanraya baru diwujudkan.Ini bermakna kawasan Parlimen kekal 222.

Ia antara lain mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Perdana Menteri pindaan nama itu melibatkan lima kawasan Parlimen di Selangor diikuti Johor (2), Perak (2) serta masing-masing satu kawasan Parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagi kawasan DUN pula, ia membabitkan sembilan kawasan di Selangor diikuti Johor (8), Melaka (3), Perak (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), dan Terengganu (1). 

“Dalam hal ini, SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana