Mahathir tidak dijemput, kata Azalina

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri taklimat Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar pada hari ini adalah diluar pengetahuan pihak Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak dijemput untuk menyertai sidang terbabit.

“Kita tidak ada masalah untuk Mahathir datang, tapi dia tidak diundang.

“Cuma ahli parlimen sahaja yang dijemput untuk hadir taklimat dan Saya tidak tahu bagaimana Dr Mahathir boleh hadir semasa taklimat,” katanya hari ini.

Azalina berkata demikian selepas sesi taklimat kepada pengamal media di Bilik Taklimat, di Bangunan Parlimen.

Taklimat itu disampaikan oleh Pejabat Peguam Negara dan kerajaan dalam siri taklimat kepada ahli parlimen terutamanya pembangkang dan pada media untuk mengetahui maklumat sahih mengenai pelaksanaannya.

Laporan beberapa portal berita menyebut Dr Mahathir hadir di Parlimen bersama Ketua Pembangkang bagi menghadiri sesi taklimat berkenaan pelaksanaan RUU Antiberita Tidak Benar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana