KIT SIANG PENGECUT DAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN, KATA RAHMAN DAHLAN

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk melindungi anaknya di dalam skandal terowong di Pulau Pinang dan mencabar Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk bertanding di Pulau Pinang tidak menggambarkan sikap sebenar ahli politik veteran itu yang kononnya menjunjung amalan ketelusan dan membenci rasuah.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Kit Siang yang enggan memberi penjelasan sebenar dam menyindir Ka Siong bakal kehilangan wang pertaruhan jika bertanding di Pulau Pinang menggambarkan sikap pengecutnya.

“Saya faham memang Kit Siang perlu melindungi anaknya tetapi beliau tidak sepatutnya menggalakkan ahli-ahli politik DAP untuk menyalahguna sokongan rakyat kepada mereka dengan menyembunyikan kesalahan sendiri.

“Ka Siong telah mengambil tindakan berani menganjurkan sebuah forum berkenaan skandal terowong dasar laut di kawasan parlimen Guang Eng pada Jumaat lalu.

“Sekiranya, Lim Guan Eng tidak berani untuk menghadiri forum di kawasannya sendiri, Kit Siang sepatutnya hadir dan membantu anaknya menjawab dakwaan serius yang dikenakan kepadanya dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kit Siang tidak sepatutnya menyalahgunakan demokrasi dan sokongan rakyat kerana beliau sepatutnya cakap serupa bikin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahman, dalam tempoh beberapa minggu terdapat sekurang-kurangnya enam kenyataan yang telah dibuat Kit Siang dengan mempersendakan Ka Siong dengan memanggilnya Catspaw dan Ninja Assasin.

Beliau yang sepatutnya meminta anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu menepis dakwaan Ka Siong sebaliknya turut menyorokkan fakta dan enggan memberi penjelasan berhubung kerugian berjumlah RM20.5 bilion yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut itu.

“Ka Siong telah memberi penjelasan mengenai tuduhannya dan sebab mengapa beliau menentang projek tersebut dengan cara yang terperinci dan berhati-hati.

“Pengiraannya mengenai kerugiaan sebanyak RM20.5 bilion daripada projek tersebut bukan cakap kosong.

“Saya sendiri menonton video tersebut dan ianya sangat munasabah,” katanya lagi sambil menambah rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dibuat baru-baru yang mana wang sejumlah RM22 juta telah dibayar kepada dua individu dalam usaha untuk menghentikan siasatan berhubung salah laku rasuah projek berkenaan.

“Ini menimbulkan satu lagi persoalan baharu, jika RM22 juta dibayar untuk menutup rasuah, berapa pula jumlah sebenar rasuah yang perlu ditutup itu?

“Skandal terowong dasar laut ini bukan perkara remeh kerana ia melibatkan berbilion wang dan aset rakyat dan dalam masa yang sama enam individu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Sebagai seorang ahli politik yang menggelarkan dirinya sebagai anti rasuah dan pro-ketelusan, cara Kit Siang menjawab tuduhan Ka Siong adalah sangat mendukacitakan,” katanya lagi. – theRakyat
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment