KERANA INGKAR ARAHAN, KIT SIANG DIGANTUNG 6 BULAN DARIPADA PARLIMEN...PADAN MUKANYA

Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) digantung daripada Parlimen selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta selepas mengingkari arahan Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengambil tindakan itu mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen selepas Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP enggan mematuhi arahan supaya berhenti mengganggu perjalanan persidangan.

Usul penggantungan Kit Siang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

Kekecohan bermula apabila Kit Siang berterusan mengganggu sidang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu membentangkan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pandikar juga menangguhkan sementara sidang sehingga kekecohan reda.

– BH Online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana