Kerajaan Selangor tidak tunai janji di Ijok...Lagi Mahu Bagi Undi kepada Politik PH lagi Kah?

Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang mengutamakan pencapaian dan kebajikan rakyat manakala parti pembangkang khususya di Selangor, hanyalah parti yang tahu manaburkan janji kepada rakyat, tetapi tidak ditunaikan walaupun sudah 10 tahun mentadbir negeri.

Ketua Penerangan Pemuda MIC Punithan Paramsiven berkata, Ijok merupakan kawasan di Selangor yang terjejas dek kerana janji yang diberikan kerajaan pembangkang tapi tidak ditunaikan.

"10 tahun mereka mentadbir, jelas menunjukkan janji yang mereka buat tidak ditepati. Soal masyarakat India di sana, tiada janji mereka tunaikan. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak ditunaikan dan kebajikan rakyat dipersoalkan.

"Sebagai contoh di Ijok, tiada rumah pampasan yang diberikan seperti pernah dijanjikan suatu ketika dahulu.  Sekolah tamil yang dijanjikan sejak 2012 sehingga sekarang tidak ada. Asrama untuk anak-anak peladang juga tiada. Ini jelas menunjukkan mereka hanya pandai berjanji, tapi tak pandai tunaikan," katanya pada forum bertajuk PRU14:Kenapa Barisan Nasional? yang dianjurkan oleh MyKmu.net baru-baru ini.

Antara panel lain, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Rafii, Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil dan Editor AgendaDaily.com, Helme Hanafi yang bertindak sebagai moderator.

Tambahnya, berlainan dengan BN, rakyat boleh menilai hasil kerja parti itu kerana memberi janji dan sentiasa tepati.

"10 tahun mentadbir, pakatan masih tak dapat selesaikan isu perumahan di Ijok. Tiada perumahan baru di sini sehingga kerajaan persekutuan terpaksa turun padang dan buat projek baru untuk rakyat.

"Kawasan itu dimenangi ahli PKR, tapi masalah masih tidak diselesaikan, ramai yang tidak menerima bantuan kebajikan," katanya.

Ujarnya lagi,BN yang sudah mempunyai track record baik dalam mengurus ekonomi dan keperluan rakyat penting untuk dinilai sekaligus dipilih pada pilihan raya umum akan datang.

"Sebagai pengundi, mereka mesti tahu menilai diantara janji dan tinggal janji. BN telah melaksanakan 97 peratus daripada manifesto pilihan raya lalu. BN juga membuktikan mereka boleh mentadbir negara dengan baik, boleh bagi lebih baik.

"Pengundi juga perlu memikirkan soal kestabilan politik yang harus dikekalkan yang hanya boleh diberi oleh BN kepada negara ini," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan akan wujud 'wave' yang besar pada PRU akan datang kerana sokongan masyarakat India kepada parti itu semakin kuat dan yakin dengan prestasi BN yang boleh memacu negara ke hadapan.

"Kita sedia ke hadapan, kita pasti kemenangan lebih besar milik kita, kita akan tawan Selangor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana