Jangan Lupa Isu Forex, Skyhawk, BMF Kata Abdul Hadi

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya jangan membawa budaya ‘Me­layu mudah lupa’ dengan hanya memfokuskan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga lupa skandal Forex, Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu lain.

Walaupun Abdul Hadi tidak menamakan kepada siapa sin­diran itu ditujukan tetapi dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan tersebut, kerana skandal Forex, Skyhawk dan BMF berlaku ketika era pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun.

“Dalam masalah 1MDB kita mesti bersandarkan kepada kehakiman yang adil, mestilah saksi yang adil, beriman, tidak rendah maruahnya. Orang tiada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku hari ini ialah saksi media, media pula media sosial. Kita tak kenal siapa jadi terdedah kepada fitnah.

“Sebab itu kita mesti kendalikan dengan seadilnya, bukan sahaja 1MDB tetapi termasuklah Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. Apa yang berlaku sekarang ini, kita membawakan budaya ‘Melayu mudah lupa’.

“Lebur (bongkar) 1MDB, yang dulu kita lupa semuanya, kita (rakyat) tidak lupa,” katanya menjawab soalan hadirin ketika sesi Dialog 2018 Bersama Anak Muda Gagasan Sejahtera, di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini memberitahu Suruhanjaya Sia­satan Diraja (RCI) yang me­nyiasat kerugian urus niaga Forex bahawa beliau tidak mengetahui mengenai aktiviti itu yang telah menyebabkan negara kehilangan RM32 bi­lion, walaupun Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Jaffar Hussein sudah memaklumkan kepadanya.

Berhubung skandal Skyhawk, Malaysia membuat pembelian 88 buah pesawat pejuang A-4 Skyhawk terpakai pada 1985 di bawah Program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (Perista) tetapi hanya 44 buah sahaja dibawa balik dan selebihnya ditinggalkan di gurun Mojave Amerika Syarikat sehingga mengundang pelbagai kritikan.

Sementara dalam skandal BMF pula, berlaku suntikan dana secara mencurigakan berjumlah RM2.5 bilion kepada spekulator hartanah Hong Kong pada 1982 dan pegawai Bank Negara, Jalil Ibrahim yang ditugaskan menyiasat kes tersebut ditemukan mati dibunuh pada 19 Julai 1983.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu 1MDB, Pas kata Abdul Hadi, bukan mem­bela mereka yang bersalah tetapi mana-mana pihak yang dituduh atau dikaitkan mesti dinilai de­ngan seadil-adilnya, bukannya bertindak seperti orang me­nyembelih ayam daging, yang di­sembelih hingga licin satu reban, lapor Utusan

“Orang yang dituduh dalam Islam dianggap tidak bersalah tetapi apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja, orang terus menghukum dia bersalah, ini pendekatan yang tidak betul dan atas sebab itu kita tidak boleh menyebar fitnah, kalau ada fitnah pun, kita kena cari jalan memurnikannya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana