Gerakan selar Kit Siang biadab terhadap mendiang Chong Eu

Politik ini biar ada batas... dok buat spekulasi apa orang yang sudah meninggal dunia akan buat jika hidup lagi merupakan tindakan tak beradap atau biadap, apatah lagi dijadikan hujah untuk memburukkan lawan politik.

Tapi orang terdesak sanggup lakukan apa saja... macam kata perpatah... orang lemas straw pun dia cuba berpaut.

Al isah tindakan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan bahawa bekas pemimpin parti Gerakan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sekiranya masih hidup diselar pada Selasa,

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata mendiang merupakan ahli politik yang berwibawa, berpendirian tegas dan tidak pernah sesekali membelakangi prinsipnya, justeru Kit Siang tidak layak mengeluarkan komen sedemikian berhubung mendiang.

Beliau berkata kenyataan Kit Siang semalam bukan sahaja tidak menghormati seorang tokoh politik yang sudah meninggal dunia, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat Pulau Pinang yang amat menyanjungi jasa-jasa Chong Eu.

"Sejarah menunjukkan bahawa Tun Dr Lim merupakan seorang yang berpendirian tegas dan walaupun pernah meninggalkan parti MCA, beliau tidak pernah sesekali mencaci mana-mana pemimpin MCA," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa bekas presiden Gerakan itu akan menyertai PH dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang gagal.

Teng berkata Kit Siang tidak mempunyai sebarang asas moral untuk membuat komen sedemikian kerana sejak beliau berkecimpung dalam politik, kebanyakan masa dan tenaga beliau dihabiskan untuk menumbangkan Chong Eu dalam kempen Tanjung 1, 2 dan 3.

Beliau berkata kempen politik 'Tanjung 1' bertujuan menumbangkan mendiang Chong Eu yang ketika itu ketua menteri.

"Kit Siang gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 1986, namun pada 1990 beliau melancarkan pula 'Tanjung 2' dan mendakwa Chong Eu yang ketika itu berusia 71 tahun sudah tua dan tidak lagi layak menjadi ketua menteri," katanya.

Teng turut mengingatkan Kit Siang agar tidak terus menggunakan nama Chong Eu untuk mencapai agenda politiknya kerana tindakan sedemikian hanya menunjukkan beliau ahli politik yang tidak beretika dan bukan tokoh berwibawa.

Chong Eu yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua dari 1969 hingga 1990, meninggal dunia pada 24 Nov, 2010 selepas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang hampir sebulan kerana serangan angin ahmar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana