GAMBAR ....TULARNYA KOMIK MUHYIDDIN PONTENG DEWAN RAKYAT, DEMO BERSIH YANG GAGAL…

Jalan Parlimen pagi ini sesak akibat gara-gara pendemo Bersih 2.0 menganjurkan himpunan Bersih 6 sebagai bantahan terhadap usul persempadanan semula di Dewan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa Bersih 2.0 merupakan alat pembangkang berselindung disebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ianya disahkan sendiri apabila Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah baru-baru ini melepaskan jawatannya dalam organisasi tersebut untuk bertanding pada PRU14 dibawah tiket Pakatan Harapan.

Dan agenda himpunan kali ini tidak mempunyai beza dengan himpunan-himpunan Bersih sebelum ini – menyebar kebencian terhadap kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi.

Demonstrasi bermula pada jam 8 pagi di Tugu Negara disertai muka-muka sama ahli pembangkang selain calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahahtir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan penyelaras Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Melihat kepada trend demonstrasi Bersih, jumlah kehadiran semakin menurun semenjak penyertaan Dr Mahathir pada Bersih 4.

Terus menjunam dan semakin hilang sengat pada Bersih 5 dan amat memalukan pada Bersih 6 kali ini dengan jumlah penyertaan tidak sampai 1,000 orang.

Malah portal media pembangkang cuma menyebut hampir 800 sahaja yang hadir ‘memeriahkan’ suasana di sepanjang Jalan Parlimen.

Media sosial dalam pada itu mengambil kesempatan mengusik sambutan ‘meriah’ Bersih 6 dengan mengeluarkan beberapa komik kegagalan penganjuran demonstrasi kali ini.

Paling mencuri tumpuan Malaysian Digest adalah ‘Midin’ (Muhyiddin) ponteng dewan rakyat, dimana melampirkan aksi bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengenakan baju kuning (warna rasmi Bersih) berdemonstrasi dihadapan parlimen, sewaktu Dewan Rakyat masih bersidang.

“Ponteng!! Muhyiddin masih ahli parlimen. Dia ponteng Dewan Rakyat dan hadir demo jalanan,” tulis kapsyen komik satira berkenaan.

Berikut merupakan komik-komik satira yang tersebar di media sosial.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana