Cuma lebih 300 sertai himpunan Bersih dekat Parlimen…

Dengar gempak dan pukul canang beribu-ribu nak sertai himpunan anjuran Bersih depan bangunan Parlimen pagi Rabu untuk protes pembentangan usul laporan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Namun cuma sekitar 300 orang sahaja penyokong pembangkang yang datang berhimpun dekat Tugu Negara tidak jauh dari bangunan Parlimen.

Himpunan yang bermula sekitar jam 8.30 pagi itu disertai oleh pengerusi pakatan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 10.10 pagi.

Beliau berucap kepada peserta himpunan itu.

Antara pemimpin pembangkang yang turut serta tan Sri Muhyiddin yassin,Mohamad Sabu,Lim Kit Siang,Maria Chin Abdullah dan Datuk Ambiga.

Polis telah adakan kawalan ketat sekitar kawasan luar bangunan Parlimen.

Peserta himpunan tidak dibenarkan berarak ke bangunan Parlimen.

Hasil rundingan polis kemudian benarkan 10 orang wakil mereka masuk untuk hantar memorendum kepada Speaker Dewan Rakyat.

Tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana