Badan NGO Dakwa Khairuddin Di Luar Negara Elak Disiasat Kes Tanah Ijok

Nama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini berada di luar negara kini menjadi sebutan ramai apabila dikatakan sekarang lari ke luar negara untuk mengelak jadi subjek siasatan isu penjualan tanah seluar kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan di mana lokasi Khairuddin sekarang dan masih belum pulang ke Malaysia. Ada berita yang diterima dari sumber menyatakan beliau sedang berada di Amerika Selatan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besar Azmin Ali menyerahkan tanah berkenaan kepada dua syarikat yang ada kaitan dengan Khairuddin.

“Pada asalnya, Menteri Besar yang dulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah rampas tanah daripada dua syarikat milik Khairuddin iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

“Kenapa Azmin menyerahkan semula tanah dengan harga RM1.18 bilion kepada dua syarikat berkenaan walaupun keputusan di Mahkamah Tinggi an Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan di bawah MB Abdul Khalid untuk ambil semula tanah itu,” kata beliau.

Pada 21 Mac lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam individu termasuk dua orang bergelar Datuk untuk bantu siasatan isu penjualan tanah itu.

Kesemua mereka berumur antara 34 hingga 84 tahun ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Ibu Pejabat SPRM.

Ramesh berkata, ada sumber mengatakan bahawa Khairuddin akan berada di luar negara sehingga tamat PRU14 dengan harapan pakatan pembangkang akan menang dan siasatan skandal tanah Ijok tidak akan diteruskan.

“Jika Pakatan Harapan menang, Khairuddin berharap siasatan skandal tanah berkenaan akan digugurkan dan baru beliau akan kembali semula ke Malaysia apabila keadaan sudah selamat.

“Jika betul-betul berani, eloklah balik ke Malaysia dan berdepan dengan sebarang siasatan untuk membuktikan diri tidak bersalah, untuk apa sembunyi-sembunyi begini?” kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Selain enam suspek, SPRM juga sudah menahan seorang lagi suspek bergelar Datuk untuk bantu siasatan isu penjualan tanah itu. Suspek berkenaan sebelum itu dilaporkan berada di negara jiran.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas dia hadir untuk memberi keterangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana