Apa Yang Menyebabkan Mahathir Merasakan Pada Usia 94 Tahun Beliau Masih Boleh Berdebat Dengan Najib?

Dalam catatan terbaru blog Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengatakan bahawa beliau tidak terlalu tua untuk berdebat dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Mahathir juga bertanya kepada Najib mengapa beliau takut untuk berbahas dengannya dan bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau tidak memerlukan orang lain atau menteri untuk menjawab bagi pihaknya atau pakar seperti dari Cambridge Analytica untuk membantunya.

Tetapi bukankah anaknya, Mukhriz, yang membayar Cambridge Analytica untuk membantu dalam pilihan raya Kedah pada tahun 2013? Jadi mengapa Mahathir bercakap mengenai Cambridge Analytica membantu Najib walaupun sebenarnya Mukhriz yang mereka bantu? Mahathir nampaknya tidak fokus pada apa yang sedang berlaku.

Dan mengapa Mahathir bercakap mengenai berdebat dengan Najib walaupun beliau (Mahathir) bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden parti? Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno.

Mahathir hanyalah seorang pesara seperti Rafidah Aziz. Mahathir tidak memegang sebarang jawatan dalam parti selain daripada Pengerusi.

Mahathir hanyalah rakyat biasa dan bukan pun warga emas kerana beliau jauh lebih tua daripada warga emas. Malah, Mahathir adalah warga delima.

Sebagai Pengerusi PPBM, Mahathir sepatutnya berdebat dengan Pengerusi Umno, Badruddin Amiruldin, bukannya Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno. Presiden PPBM ialah Muhyiddin Yassin, bukan Mahathir.

Mahathir hanyalah Pengerusi parti dan mempunyai status yang sama seperti Badruddin. Bagaimanapun, PPBM tidak lama lagi mungkin tidak akan lagi wujud jadi Mahathir tidak lagi menjadi seorang Pengerusi.

Mahathir nampaknya telah terlupa statusnya, atau dalam kes ini kekurangan statusnya. Malah Lim Guan Eng enggan berdebat dengan Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA. Guan Eng hanya akan berdebat dengan seseorang daripada status yang sama dengannya seperti Presiden MCA, Liow Tiong Lai. Ini bermakna Guan Eng menganggap dirinya, dan bukan bapanya, Lim Kit Siang, sebagai ketua DAP.

Mahathir telah mendapat peluang untuk berdebat dengan Najib pada Disember 2015 semasa perhimpunan tahunan Umno. Selama dua jam, Najib menghentam Dr Mahathir tetapi Mahathir hanya duduk dan tidak berkata apa-apa.

Mahathir kemudian bergegas keluar dan pulang ke rumah walaupun PWTC dipenuhi dengan wartawan. Mahathir boleh bercakap dengan media dan menjawab kenyataan Najib.

Tetapi beliau tidak melakukannya. Beliau berdiam dan bergegas pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa kepada sesiapa. Jadi kenapa baru sekarang beliau mahu bersuara?

Malah, Mukhriz juga diberi banyak peluang untuk berbahas tetapi beliau tidak menyahutnya. Jika Mukhriz juga mempunyai banyak untuk diperkatakan mengapa beliau tidak menerima jemputan untuk berdebat? Kenapa menolak jemputan untuk berdebat?

Najib tidak mempunyai tabiat mencabar setiap orang untuk berdebat seperti Mahathir dan orang Pakatan Harapan yang begitu suka lakukan. Sama seperti seorang pakar catur, Najib secara diam membuat langkah penamatnya dan menghapuskan lawan-lawannya.

Mahathir terus membuat bising tetapi tidak mengambil sebarang tindakan penamat. Najib jarang membuka mulutnya tetapi apabila beliau melakukannya, ia adalah tindakan penghabisan. Bagaimanapun, Najib tidak akan peduli untuk berdebat dengan seseorang yang tidur dengan memakai lampin.

Apa-apa pun, jika Mahathir sangat suka berdebat, mengapa beliau tidak berdebat dengan pengkritiknya ketika beliau menjadi Perdana Menteri? Selama 22 tahun Mahathir tidak pernah mahu berdebat dengan sesiapa pun tetapi selepas bersara, beliau menjadi begitu teruja untuk berdebat.

Jika Najib ingin berdebat mengenai subjek bagaimana Mahathir dan anak-anaknya menjadi jutawan, adakah Mahathir masih mahu berdebat dengan Najib? Katakanlah Najib bersetuju untuk berdebat dengan syarat beliau dapat memilih subjek perdebatan itu, iaitu bagaimana Mahathir dan anak-anaknya menjadi jutawan, apakah Mahathir akan bersetuju untuk berdebat dengan Najib?

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 25 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana