22 TAHUN TAK PERNAH BUKA PELUANG, LAYAKKAH SEKARANG TUN M BERDEBAT?

Selama 22 tahun menerajui negara, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah ‘membuka gelanggang’ mahupun menerima pelawaan daripada pemimpin pembangkang untuk berdebat walaupun ketika era reformasi, pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah ini menimbulkan persoalan akan kemampuan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu dalam mengemukakan kenyataan terbaharunya mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seterunya dalam forum “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi”.

Walaupun kini ‘pakar pusingan-U’ itu kini bergelar calon Perdana Menteri Pakatan Harapan diketuai DAP, beliau sepatutnya memberi laluan hormat kepada pemimpin-pemimpin seangkatan yang lebih lama bergelar ‘pembangkang’ seperti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tambahan pula, forum berkenaan boleh dijadikan platform terbaik kepada Presiden PKR itu mempamerkan keupayaan seorang calon Timbalan Perdana Menteri.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, tindakan Dr. Mahathir itu jelas menunjukkan bahawa beliau semakin tersasar jauh dengan prinsip yang dipegangnya ketika bersama UMNO.

“Zaman Dr. Mahathir mentadbir negara tidak pernah berlaku perdebatan antara dirinya dengan mana-mana pemimpin pembangkang. Dahulu Anwar ajak beliau berdebat pun tidak pernah diterimanya.

“Saya melihat beliau sebagai seorang tokoh yang tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi pendebat yang baik kerana cara dia bercakap pun agak lembut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengesahkan ketidakhadirannya ke forum berkenaan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesra Pas.

Forum yang dijadualkan berlangsung hari ini Dewan Purnama Pengekalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan itu merupakan rentetan daripada wacana Sinar Harian “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” pada minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana