Tun M hapus legasi Tun Razak

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, menghapuskan legasi yang dibina Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ketika memerintah negara.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata ketika zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau melakukan perubahan dengan memberi penekanan kepada kerja pembangunan kawasan luar bandar.

Beliau yang berkhidmat bersama Barisan Nasional (BN) di bawah era tiga Perdana Menteri sehingga kini itu berkata, keadaan berubah ketika zaman pentadbiran Dr Mahathir.

"Zaman Tun Mahathir menindakkan dan menghapuskan legasi Tun Abdul Razak. Pembangunan luar bandar yang diilhamkan Tun Abdul Razak dan diteruskan Tun Hussein Onn dihapuskan.

"Bagaimanapun, legasi Tun Abdul Razak dikembalikan ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan memperkenalkan pertanian sebagai perniagaan.

"Pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ia terus diperkukuhkan sehingga diperluas ke Sarawak dan Sabah," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Shahrir yang juga Pengerusi FELDA dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) berkata, perkara itu yang paling jelas dapat dilihat beliau sepanjang berkhidmat dalam tiga era pentadbiran Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berharap politik di negara ini berubah menjadi lebih matang dan bukan dengan mengangkat soal personaliti atau individu sehingga memburukkan satu sama lain seperti dilakukan pembangkang.

"DAP, dulu dia guna Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini dia guna Tun Mahathir pula. Politik negara sekarang terlalu banyak pada personaliti, cuba matang sikit dengan melihat pada dasar dan ideologi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana